Langkau ke kandungan utama

Catatan

MOHAMMAD ISA - PEJUANG KEMERDEKAAN YANG VISI0NER

Salah serang anak kepada myang Haji Ismail . Adik tiri kepada datuk penulis Haji Mohammad Noor. Lahir di Binjai dalam tahun 1909. Pendidikan - H.I.S , MUL0 , ST0VIT. Tahun 1936-1938 menjadi dosen doktr gigi STOVIT, Surabaya. 1938-1945 Praktik doktor gigi di Palembang. 1946- menjadi Residen Palembang. 1946-1948 menjadi Gubernor Muda Sumatera Selatan.1948-1950 -menjadi Presiden Universitas SriVijaya. Meninggal dunia pada tahun 1979. Al Fatihah......

Moyangku - Haji Ismail ( Datuk Sutan Randah ) , Penghulu Pekan Binjai.

Makam Haji Ismail Haji Shahrir Bin Mohd Kamil Bin Haji Muhammad Noor Bin Haji Ismail , begitulah silsilah saya. Moyang saya ini Haji Ismail berasal dari Cangking , Minangkabau . Tinggal di pekan Binjai hingga akhir hayat beliau. Di makamkan di Gang Syekh Samah di pekan Binjai . Di Binjai beliau adalah Penghulu . Digelar orang dengan gelaran Datuk Sutan Randah . Berkahwin 3 kali perkahwinan . Isteri 1. - Siti Sa'diah , anak - Hj.Muhammad Noor . Isteri 2. - Sharifah binti Tok Ungku Syeikh Muhammad Yusuf , anak - 5 orang ,semua menetap di Binjai . Isteri 3. - Hajjah Zainab binti Tuk Ungku Syeikh Muhammad Yusuf . Anak - Muhammad Amin ,Siti Zubaidah , Hassan , Dr.Darwis , Dr.Mohamad Isa dan Siti Nuriyyah. Haji Ismail mninggal dunia pada jam 5.05minit petang hari Isnin 22 Ramadhan 1336 bersamaan 1 .1 .1918 . Al Fatihah .......

SYEIKH ZAKARIA BIN HAJI AHMAD WAN BESAR - ULAMA DAN PENULIS KITAB AGAMA YANG PRODUKTIF .

Lahir pada 23 Januari 1925 . Pada usia 7 tahun ke Mekah Al Mukaramah  , tinggal serta menuntut ilmu agama. Menuntut ilmu dengan ulama- ulama yang terkenal seperti Syeikh Ismail Al Fathani , Syeikh Mutalib Al Mandili , Syeikh Yasin Padang , Syeikh Ali Al Maliki dan ramai lagi. Bila pulang ketanah air , beliau berdakwah serta mengarang buku -buku agama . Beliau pernah menjadi Mudir Madrasah Al Akhlaq di Guar Cempedak dan beberapa sekolah agama di Kedah Darul Aman . Juga pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah . Mengarang lebih dari 70 buah buku Agama . Ini menjadi beliau sebagai ulama yang paling produktif di Kedah dan Malaysia selepas era Merdeka. Tokoh ini meninggal dunia pada 25 Julai 2011 dan dikebumikan di Guar Cempedak , Kedah Darul Aman . Al Fatehah.........

SYEIKH ABDUL GHANI KUMPULAN AL KHALIDI - PEMIMPIN TAREKAT NAQSHABANDIYAH YANG TERKENAL DI SUMATERA TENGAH DAN SUMATERA BARAT.

Tokoh ini dikurniakan Allah usia yang panjang . Meninggal dunia ketika usia lebih dari 100 tahun iaitu pada 1961. Ketika usianya mudanya menuntut ilmu di kampungnya Kampar seterusnya belajar ke Minangkabau dengan ulama-ulama sufi disana. Setelah menjelang umurnya 30 tahun beliau naik haji ke tanah suci serta menuntut ilmu disana. Beliau menerima tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi . Tuan Syeikh Sulaiman Zuhdi menasihati beliau untuk kembali ke kampungnya untuk menyebarkan tarekat Naqshabandiyah. Di kampung halamannya beliau berdakwah serta menyebarkan tarekat tersebut. Masyurlah nama beliau sebagai Pemimpin atau guru Murshid di Sumatera Tengah dan Sumatera Barat di awal kurun 20. Ulama-ulama tua di Minangkabau ketika itu memandang beliau sebagai ulama yang dituakan. Antara muridnya yang yang masyhur ialah Tuan Syeikh Muda Wali Al Khalidi ( ulama besar Aceh ) dan ramai lagi . Ketokohan beliau sebagai tokoh besar tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah di Nusanta...

HAJI ABDUL HALIM AL HADI - uLAMA DAN PENGARANG DALAM PENGAJIAN HADITH DI PULAU PUNANG DAN DI UTARA MALAYA

Kitab karangan ABDUL HALIM AL HADI Abdul Halim bin Noh bin Abdul Hadi bin Mayan Terona begitu namaya . Dilahirkan di Bayan Lepas , P.Pinang pada tahun 1904. Pendidikan asasnya adalah di Sekolah Melayu Parit Buntar dan pada masa yang sama belajar dengan Syaikh Abdullah Fahim di Kepala batas. Sekitar tahun 1920 an beliau menunaikan haji serta memperdalamkan pelajarannya di sana . Diantara gurunya ialah Syeikh Ali Maliki , Syeikh Mukhtar al Bughuri , Syeikh Umar Hamdan dan ramai lagi. Bila pulang ke tanah air beliau melibatkan diri menguruskan Madrasah Al Maarif al Watanniyah . Madrasah ini adalah sebuah sekolah agama yang terkenal di Utara Malaya ketika itu. Disamping mengajar beliau juga mengarang beberapa kita agama . Antaranya yang terkenal ialah Tajdhib Atraf al-hadith Sharah mafi kitab mukhtar al ahdith. Tarikh kematian beliau tidaklah penulis ketahui dengan pasti . Moga Allah menempatkan beliau bersama-sama para solihiin . Al Fatihah......

KIYAI MANSHUR BIN ABDUL HAMID AL BATAWI - ULAMA BETAWI YANG GIAT MENGARANG DAN PENCETUS PERGERAKAN KEMERDEKAAN INDONESIA.

Lahir pada tahun 1878 bersamaan dengan 1275 Hijri di Tanah Betawi. Nama penuhnya ialah Muhammad Manshur bin Abdul Hamid bin Damiri bin Imam Habib bin Abdul Mukhit ( Pangeran Tjokrodjojo Tumenggung Mataram ). Keluarga beliau berasal dari kalanggan bangsawan. Pada tahun 1894 berangkat ke Mekah dan menuntut di Mekah selama 5 tahun dengan guru-guru yang mashur seperti Syeikh Umar Sumbawa , Syeikh Muhammad Khayath , Syeikh Said Al Yamani , Syeikh Abdul Hamid Kudus dan ramai lagi. Seorang ulama yang produktif yang mengarang lebih kurang 40 buah kitab agama diantaranya yang terkenal adalah Kitab Sullam An - Nayrain. Juga banyak melibatkan diri dengan organisasi pergerakan kemerdekaan Republik Indonesia , Tokoh ini kembali kerahmatullah pada 12 Mei 1967 dalam usia hampir 90 tahun. Al Fatihah.........

ROHANA KUDUS - TOKOH PENDIDIKAN DAN WARTAWAN MINANGKABAU.

Nama penuh yang diberikan oleh orangtuanya ialah Siti Rohana. Lahir di Kota Gadang , Minangkabau pada 20 Disember 1884. Beliau bersaudara dengan Sutan Sjahrir ( Pemimpin kemerdekaan dan Perdana Menteri Indonesia ). Tidak pernah secara formal tapi belajar sendiri kepada orang tuanya , saudara maranya dan suaminya. Mendirikan suratkhabar khusus untuk wanita iaitu ' Soenting Melayu '.Pada zaman kaum wanita ketinggalan dalam semua bidang , beliau berusaha memajukannya. Turut juga memimpin akhbar 'Perempuan Bergerak' dan 'Cahaya Sumatera'. Tokoh yang berjasa ini kembali ke rahmatullah pada 17 Ogos 1972 di Jakarta pada usia 88 tahun. Al Fatehah....

SYEIKH HASAN KRUENG KALEE - ULAMA KAUM TUA DI ACEH.

Tengku Hj.Hasan Bin Tengku Hanafiyah Bin Tengku Syeikh Abbas Bin Tengku Muhammad Fadli , begitulah nama sebenar beliau. Di lahirkan dari golongan bangsawan pada tahun 1303 Hijrah di Pidie , Aceh . Ketika mudanya belajar dengan ulama-ulama di Pidie dan sekitarnya. Sebelum menuntut ilmu di Makkah beliau terlebih dahulu belajar di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Yan , Kedah D.Aman kepada ulama-ulama diKedah terutamanya kepada Syeikh Arshad dan Syeikh Said Yan. Di Tanah Suci beliau belajar kepada Syeikh Said Sunbul ( Mufti Syafei ) , Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Said Al Yamani , Syeikh Mukhtar Bogor , Pak Dail Al Fatani , Syeikh Hasan Masyath dan lain lain ulama lagi. Setelah menuntut  ilmu  lebihkurang selama 10 tahun beliau kembali ke tanah airnya iaitu di Aceh. Oleh kerana kealimanya , beliau telah membuka pondok pengajian di Krueng Kalee , Aceh. Mengajar kitab-kitab Syafei dipondoknya. Syeikh Hasan Krueng Kalee meninggal dunia pada hari Khamis 19 Januari 1973  dala...

SYEIKH ABDUL GHANI BIMA AL JAWI - ULAMA MELAYU YANG AWAL MENGAJAR HADIS DI MASJIDIL HARAM.

Syeikh Yasin Padang Seorang ulama besar Melayu yang berasal dari Bima . Daerah Bima terletak didaerah yang jauh iaitu sekarang ini di Nusa Tenggara Barat , Indonesia. Tokoh ini dilahirkan pada tahun lebih kurang 1780 Masihi.Tiada banyak maklumat awal tentang penglibatannya dalam pengajian Islam. Ketika berusia remaja beliau telah berada di bumi Makkah Al  Mukarramah. Diantara guru-gurunya yang dapat dipastikan nama-nama yang mashur ketika itu seperti Syeikh Muhammad Said Al Qudsi , Syeikh Ahmad Marzuki pengarang Aqidah Al Awwam , Syeikh Usman Ad Dimyati dan Syeikh Umar bin Abdul Karim Al Attar Al Makki seperti yang tercatat pada syarahnya kitab Kifayah Al Mustafid oleh Al Alim Al Musnid Syeikh Yassin Padang. Beliau telah diberi hak mengajar ilmu-ilmu keIslaman terutamanya bidang Hadis oleh ulamak Makkah ketika itu.Tokoh ini boleh diketegorikan sebagai ulama Melayu yang awal mengajar ilmu Hadis  di kota suci itu. Syeikh Abdul Ghani Bima ini meninggal dunia di Makkah...

SIRAJUDDIN ABBAS - PENULIS BUKU-BUKU AGAMA SERTA PEMIMIPIN ORGANISASI ISLAM YANG TERKENAL.

Sirajuddin bin Abbas bin Abdul Wahab bin Abdul Halim dilahirkan pada bulan Mei 1905 M di Bukit Tinggi , Sumatera Barat . Bapanya , Syeikh Abbas Ladang Lawas adalah ulama yang masyhur di Tanah Minangkabau .  Pendidikan awalnya dengan ibu bapanya , seterusnya belajar kepada Syeikh Muhammad Zain Simabur ( kemudian menjadi Mufti Kerajaan Perak ) .Pada tahun 1927 - 1933 melanjutkan pelajaran ke Mekah Al Mukarramah . Disana menimba ilmu Islam dengan Syeikh Said AlYamani , Syeikh Hussein Hanafi , Syeikh Ali Maliki , Syeikh Umar Hamdan dan ulama-ulama terkenal dari Tanah Jawi. Setelah selesai pengajian di Mekah , pulang ke Minangkabau dan mengajar orang ramai di surau-surau . Pada tahun 1936 memimpin Organisasi  Islam iaitu Persatuan Tarbiyyah Islamiyyah ( PERTI ) yang berasaskan kepada Mazhab Syafei . Banyak mengarang buku-buku Agama antaranya yang terkenal - Iktikad Ahlusunaah Wal Jamaah , Sejarah dan Keanggungan Mazhab Syafei , 40 Masaalah Agama dan Thabaqat Syafiyyah disamping...

DATO KHATIB KOYAN - PEMIMPIN KAUM MELAYU KUALA LUMPUR DAN PENGHULU SETAPAK YANG TERKENAL.

Khatib bin Abdullah begitulah namanya kepada tokoh yang berpengaruh di K.Lumpur di akhir abad ke 19 dan di awal 20. Perkataan 'Koyan' merujuk kepada kekayaan beliau yang banyak ketika itu. Dilahirkan di Tanah Minangkabau . Merantau ke Kolang ( istilah ketika itu merujuk kepada merantau ke Tanah Melayu ). Tiba di K.Lumpur sekitar selepas Perang Selangor dan menetap di Kg Rawa ,K.Lumpur. Kg.Rawa adalah penempatan pertama di K.Lumpur yang menempatkan orang-orang Melayu suku Mandahiling , Rawa dan Minangkabau. Mula - mula berkerja dengan Sutan Puasa  mendulang bijih sekitar Sg.Gombak. ( sekarang disebelah Bangunan Dewan Bandaraya ) sehinggalah menjadi orang Melayu paling kaya di Kuala Lumpur. Disebabkan kekayaan beliau yang banyak itu serta ketokohan beliau sebagai pemimpin Melayu Kuala Lumpur maka Sultan Selangor telah melantik beliau sebagai Penghulu Setapak , jawatan ini disandang beliau sehinggalah beliau meninggal dunia. Semasa hayat , beliau telah membanggunkan  Masjid J...

BACHTIAR EFFENDI - TOKOH SULTRADARA , BANGSAWAN DAN PENGARAH FILEM TERKENAL SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.

Lahir di Padang pada tahun 1903 dan meninggal dunia di Rome pada 1 April 1976. ikut bersama Bangsawan Dardanella pada tahun 1936 . Menubuhkan bangsawan Bollero bersama Anjar Asmara pada tahun 1938. Bangsawan ini begitu terkenal di Seluruh Malaya dan Singapura ketika itu .  Rakyat umumnya meminati bangsawan . Oleh itu industri cepat membanggun. Ketika pemerintahan Jepun pada tahun1941 - 1945 beliau rapat dengan pemerintah Jepun di Singapura. Apabila Inggeris memerintah semula  , beliau telah ditangkap sehingga tahun 1949 .Setelah dibebaskan beliau pulang ke Indonesia dan membuat beberapa filem yang terkenal. Pada tahun 1955 bekerja sebagai pegawai perhubungan Indonesia di Italy sehingga beliau meninggal dunia. Tokoh ini adalah adik kandung kepada Rustam Effendi ,seorang pejuang kemerdekaan Indonesia yang terkenal di era pemerintahan Belanda . Al fatehah ........

WAN MUHAMMAD SAMAN BIN WAN ISMAIL - PERDANA MENTERI KEDAH DARULAMAN.

Lahir di Alor Janggus pada tahun 1830 dan meninggal dunia pada 14 Disember 1899 di Alor Star . Tokoh ini banyak berjasa dalam pembanggunan negeri Kedah pada kurun 19. Berkhidmat di bawah 3 pemerintahan Sultan iaitu Sultan Ahmad Tajuddin , Sultan Zainal Abidin Muazam Shah dan Sultan Abdul Hamid . Ketika era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin , baginda telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri dan telah melantik jawatan Wan Muhammad Saman menyandangnya. Gelaran ini disandangnya sehingga beliau meninggal dunia. Beliau merupakan pentadbir yang terkenal kerana memajukan ekonomi Negeri Kedah . Antara jasanya yang paling terkenal ialah membina terusan air dari Kota Setar ke Gurun pada tahun 1885 . Terusan ini dikenali sebagai ' Terusan Wan Muhammad Saman ' sempena nama beliau . dan jasanya yang tidak kurang pentingnya adalah menjadikan Alor Setar sebagai pusat pemerintahan pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman. Moga jasanya yang besar ini diingati selalu oleh rakyat Kedah sepanjang m...

HAJI NIK ABDULLAH BIN MUFTI HAJI WAN MUSA - ULAMA DAN PELOPOR TARIQ SHAHWALIULLAH AL DEHLAWI DI TANAH MELAYU.

Dilahirkan di Kota Baru pada tahun 1902 M. Ayahandanya ialah seorang ulama dan Mufti Kelantan yang terkenal iaitu Mufti Haji Wan Musa Bin Syeikh Abdul Samad ( Tuan Tabal ) . Pendidikan awalnya ialah dengan bapanya , bapa saudaranya Haji Wan Abdullah , ulama -ulama di Kota Baru dan Tok Khurasan ( seorang ulama hadis yang terkenal dari Afghanistan ) . Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram . diantara guru -gurunya disana ialah Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Umar Hamdan dan ulama-ulama Melayu yang bermukim di Mekah ketika itu .Namun beliau belum  merasa puas sehinggalah berguru kepada seorang ulama dari India iaitu Maulana Ubaidillah Al Sindhi menurut Tariq Shah Waliullah Al Dehlawi . Setelah belajar dengan Maulana Ubaidillah Al Sindhi selama 4 tahun , pada tahun 1934 beliau pulang ke Kelantan dan disambut dengan hangat oleh penduduk Kelantan sebagai seorang ulama besar . Walaubagaimanapun beliau sempat mencurahkan ilmunya kepada penduduk Kelantan selama 8 bulan saja se...

IBRAHIM BIN DATO MUDA LINGGI - GURU , PENGARANG YANG MASYHUR DARI LINGGI.

Tokoh ini adalah adinda kepada seorang lagi nama besar dalam bidang persuratan Melayu iaitu Muhammad bin Dato Muda Linggi dan ayahanda saudara kepada Pendita Zaaba. Dilahirkan pada 9 Syaaban 1306 bersamaan 9 Mei 1889 . Pendidikan awalnya di Maktab Melayu Melaka pada tahun 1905 . Kemudian menjadi guru di Sekolah Melayu di N.Sembilan . Bertugas pula di Pejabat Penolong Pelajaran Negeri Sembilan dan Negeri-Negeri Selat . Kemudian menjadi penterjemah Melayu dan membantu mengarang kitab-kitab bacaan untuk sekolah-sekolah Melayu .Pada tahun 1923 bertugas di Maktab Perguruaan Sultan Idris di Tanjung Malim sehinggalah beliau kembali kerahmatullah pada 3 November 1926. Antara kitab karangannya yang paling terkenal ialah Kitab Kumpulan Nama. Al Fatihah....

MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AMIN - GURU BESAR SEKOLAH MELAYU SETAPAK DAN GURU KEPADA BAPA WARTAWAN MELAYU ( ABDUL RAHIM KAJAI ).

Tokoh ini dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1871 dari keluarga Melayu yang berasal dari Kedah. Pendidikan awalnya di Pulau Pinang ialah  di Sekolah Melayu dan seterusnya di Penang Free School. . Beliau amat berminat dalam bidang bahasa terutamanya bahasa Melayu .Selain belajar secara formal , beliau belajar juga belajar bahasa pada mereka yang ahli tentang bahasa  seperti ulama-ulama , munshi bahasa dan pegawai-pegawai inggeris. Pada tahun 1890 ketika berumur 20 tahun beliau belayar ke Kuala Lumpur untuk berkerja di Goverment Printing Office bawah pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu  , sehingga tahun 1900 . Oleh kerana kepandaian serta ketokohan beliau sebagai ahli bahasa Melayu  , beliau telah dilantik sebagai Guru Besar  Sekolah Melayu Setapak oleh Kerajaan Selangor dan Pentadbir Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau menabur bakti kepada anak bangsanya dalam bidang pendidikan hingga keakhir hayatnya. Antara muridnya yang mendapat didikan dari belia...

MUHAMMAD TAMBI BIN HAJI HASAN - GURU BESAR TERBILANG KUALA LUMPUR AWAL KURUN KE 20.

Muhammad Tambi bin Haji Hasan adalah nama besar dalam bidang pelajaran Melayu di Kuala Lumpur dan sekitarnya di awal kurun ke 20. Ini adalah kerana beliau telah mendidik ramai tokoh-tokoh pendidikan dan pembesar Melayu di Negeri-Negeri Melayu bersekutu . Beliau juga adalah Munsyhi bahasa Melayu . Ramai juga orang putih ( Inggeris ) yang belajar dengan beliau. Mula bertugas sebagai Guru pada tahun 1893 di Sekolah Melayu Mukim Ampang . Pada tahun 1896 bertukar di Sekolah Melayu Kajang , Jajahan Ulu Langat . Pada tahun 1901 bertukar ke Sekolah Gombak Lane sehingga bersara pada tahun 1926 . Tarikh dan tempat beliau meninggal dunia tiadalah dapat penulis akan maklumatnya. Inilah secebis coretan yang dapat penulis lakarkan tentang tokoh ini . Moga jasa beliau ini dapat dikenang . Al-fatehah .........

MUNSHI SULAIMAN BIN MUHAMMAD NOR ( 1870 - 1928 ) - GURU BAHASA MELAYU DAN AYAHANDA KEPADA TOKOH PENDIDIKAN IBU ZAIN.

Tokoh bahasa Melayu ini dilahirkan di Siak Seri Indrapura , Sumatera pada tahun 1870 . Ketika berumur 11 tahun berpindah ke Melaka bersama keluarganya . Mendapat pendidikan  normal di Sekolah Melayu Bukit Cina . Beliau adalah pelajar yang pintar dalam bidang bahasa Melayu. Melanjutkan pelajarannya seterusnya di Maktab Melayu di Singapura. Disamping menuntut ilmu di Maktab Melayu Singapura beliau menuntut ilmu secara perseorangan dengan tokoh bahasa yang masyhur ketika itu di Singapura iaitu Munshi Muhammad Ali Bin Ghulam Hussain Al Hindi . Kerana kepandaian beliau dalam bahasa melayu , beliau telah dilantik sebagai Guru utama  di Maktab Melayu Melaka yang baru dibina itu. Disamping belajar mengajar , beliau mengarang banyak kitab-kitab . Antaranya yang boleh dicatat disini adalah seperti berikut - Kitab Gemala Hikmat ( 1907 ) , Kitab Kitaran Budi bersama W.G Shellbear , Kitab Miftah Pengenalan , diterbitkan pada tahun 1930 dan banyak lagi. Ayahanda kepada tokoh pendidikan ...

SYEIKH MUIM BIN SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN AL KHALIDI - TUAN GURU KE 7 TAREKAT NAQSHABANDIYAH SERTA FAQIH LANGKAT.

Lahir pada tahun 1330 Hijrah bersamaan 1910 Masehi di Kg. Besilam . Putera kepada Tuan Guru yang masyhur iaitu Al Arif Billah Tuan Syeikh Abd Wahab Rokan Al Naqshabandi Al Khalidi. Beliau mendapat pendidikan awal kepada kekandanya Syeikh Yahya Afendi seterusnya kepada ulama-ulama yang masyhur di Langkat seperti Syeikh Abdul Rashid Thaib Minangkabau , Hj Said Kubu , Qadhi Hj Muhammad Nur Langkat , Syeikh Abdullah Afifuddin dan guru-guru di Masrasah Al Musawiyah Tg Pura yang terkenal itu.Banyak mengarang kitab-kitab agama serta berdakwah ke merata negeri. Beliau menerima baiah dari kekandanya Syeikh Yahya Afendi . Menjadi Tuan Guru ke 7 memimpin tarekat Nagshabandiyah Khalidiyah .Ramai ulama sezamanya dengan beliau mengakui kealimannya dalam bidang  fiqh syafei. Oleh itu layak digelar sebagai Faqih Langkat .Salah seorang anaknya iaitu Tuan Guru Syeikh Hashim Syarwani , menjadi Tuan Guru memimpin Tarekat Naqshabandiyah ini di Kg Besilam , Langkat. Syeikh Muim kembali kerahmatullah...

MOKHTARUDDIN LASSO - YANG DIPERTUA AGUNG PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA PERTAMA (PKMM ) DAN KADER TAN MALAKA DI MALAYA.

Nama sebenar tokoh ini adalah Mukhtar Sutan Indra Lasso. Lahir pada tahun 1915 di Padang , Minangkabau. Mendapat pendidikan di Sekolah Mulo di Padang . Seterusnya bersahabat dengan tokoh -tokoh perjuangan seperti Sutan Datuak Bertuah , Ilyas Yaacob , Khatib Sulaiman dan ramai lagi tokoh-tokoh pergerakaan. Selepas Kebangkitan Rakyat di Silungkang tahun 1927 , beliau bersama tokoh yang lain berhijrah ke Jawa ( Betawi ). Ikut pergerakan menentang Belanda dengan menyertai Partai P.N.I pimpinan Sukarno . Sekitar tahun 1937 dan 1938 , telah tiba di Singapura bergerak dalam Persatuan Buruh Indonesia  di Singapura. Di Singapura beliau rapat dengan tokoh-to perjuangan  asal Indonesia seperti Anuar Sutan Saidi , Budiianto , Backhtiar Effendi dan lain-lain. Dahulu saya ada menyimpan foto Mokhtaruddin Lasso ini , bersama Bapa saudara saya Abdullah Kamil ( KMM ) dan Bachtiar Effendi pada tahun 1940 di Singapura. Foto tersebut telah saya serahkan kembali pada bapa saudara saya itu sebel...