Langkau ke kandungan utama

SIRAJUDDIN ABBAS - PENULIS BUKU-BUKU AGAMA SERTA PEMIMIPIN ORGANISASI ISLAM YANG TERKENAL.


Sirajuddin bin Abbas bin Abdul Wahab bin Abdul Halim dilahirkan pada bulan Mei 1905 M di Bukit Tinggi , Sumatera Barat . Bapanya , Syeikh Abbas Ladang Lawas adalah ulama yang masyhur di Tanah Minangkabau .  Pendidikan awalnya dengan ibu bapanya , seterusnya belajar kepada Syeikh Muhammad Zain Simabur ( kemudian menjadi Mufti Kerajaan Perak ) .Pada tahun 1927 - 1933 melanjutkan pelajaran ke Mekah Al Mukarramah . Disana menimba ilmu Islam dengan Syeikh Said AlYamani , Syeikh Hussein Hanafi , Syeikh Ali Maliki , Syeikh Umar Hamdan dan ulama-ulama terkenal dari Tanah Jawi. Setelah selesai pengajian di Mekah , pulang ke Minangkabau dan mengajar orang ramai di surau-surau . Pada tahun 1936 memimpin Organisasi  Islam iaitu Persatuan Tarbiyyah Islamiyyah ( PERTI ) yang berasaskan kepada Mazhab Syafei . Banyak mengarang buku-buku Agama antaranya yang terkenal - Iktikad Ahlusunaah Wal Jamaah , Sejarah dan Keanggungan Mazhab Syafei , 40 Masaalah Agama dan Thabaqat Syafiyyah disamping itu mengarang kitab dalam bahasa Arab seperti Sirajul Munir ( Fiqih ) , Bidayatul Balagah ( Bayan ) dan banyak lagi. Penulis yang banyak berjasa dalam perkembangan Mazhab Syafei ini kembali kerahmatullah pada 5 Ogos 1980 . Al - Fatehah .....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.