Langkau ke kandungan utama

MOKHTARUDDIN LASSO - YANG DIPERTUA AGUNG PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA PERTAMA (PKMM ) DAN KADER TAN MALAKA DI MALAYA.


Nama sebenar tokoh ini adalah Mukhtar Sutan Indra Lasso. Lahir pada tahun 1915 di Padang , Minangkabau. Mendapat pendidikan di Sekolah Mulo di Padang . Seterusnya bersahabat dengan tokoh -tokoh perjuangan seperti Sutan Datuak Bertuah , Ilyas Yaacob , Khatib Sulaiman dan ramai lagi tokoh-tokoh pergerakaan. Selepas Kebangkitan Rakyat di Silungkang tahun 1927 , beliau bersama tokoh yang lain berhijrah ke Jawa ( Betawi ). Ikut pergerakan menentang Belanda dengan menyertai Partai P.N.I pimpinan Sukarno . Sekitar tahun 1937 dan 1938 , telah tiba di Singapura bergerak dalam Persatuan Buruh Indonesia  di Singapura. Di Singapura beliau rapat dengan tokoh-to perjuangan  asal Indonesia seperti Anuar Sutan Saidi , Budiianto , Backhtiar Effendi dan lain-lain. Dahulu saya ada menyimpan foto Mokhtaruddin Lasso ini , bersama Bapa saudara saya Abdullah Kamil ( KMM ) dan Bachtiar Effendi pada tahun 1940 di Singapura. Foto tersebut telah saya serahkan kembali pada bapa saudara saya itu sebelum beliau meninggal dunia. Bapa saudara saya pernah menyatakan kepada saya bahawa Mokhtaruddin Lasso kerap berjumpa dan menerima nasihat dari pemimpin besar Tan Malaka itu di Singapura sebelum Jepun menakluk kota Singapura itu. Pada masa Perang Dunia Kedua beliau bergerak di Malaya dalam pasukan MPAJA. Selepas Perang , beliau bersama-sama pemuda Malaya yang radikal menubuhkan Partai Kebangsaan Melayu Malaya di Ipoh . Pada tahun 1946 beliau kembali semula ke Indonesia dan ikut berjuang  melawan Belanda. Pada tahun 1951 ditangkap oleh pemerintah Indonesia. Setelah beliau ditangkap, Tiada lagi berita  tentang beliau lagi !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...