Langkau ke kandungan utama

SYEIKH ABDUL GHANI KUMPULAN AL KHALIDI - PEMIMPIN TAREKAT NAQSHABANDIYAH YANG TERKENAL DI SUMATERA TENGAH DAN SUMATERA BARAT.


Tokoh ini dikurniakan Allah usia yang panjang . Meninggal dunia ketika usia lebih dari 100 tahun iaitu pada 1961. Ketika usianya mudanya menuntut ilmu di kampungnya Kampar seterusnya belajar ke Minangkabau dengan ulama-ulama sufi disana. Setelah menjelang umurnya 30 tahun beliau naik haji ke tanah suci serta menuntut ilmu disana. Beliau menerima tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah dengan Syeikh Sulaiman Zuhdi . Tuan Syeikh Sulaiman Zuhdi menasihati beliau untuk kembali ke kampungnya untuk menyebarkan tarekat Naqshabandiyah. Di kampung halamannya beliau berdakwah serta menyebarkan tarekat tersebut. Masyurlah nama beliau sebagai Pemimpin atau guru Murshid di Sumatera Tengah dan Sumatera Barat di awal kurun 20. Ulama-ulama tua di Minangkabau ketika itu memandang beliau sebagai ulama yang dituakan. Antara muridnya yang yang masyhur ialah Tuan Syeikh Muda Wali Al Khalidi ( ulama besar Aceh ) dan ramai lagi . Ketokohan beliau sebagai tokoh besar tarekat Naqshabandiyah Khalidiyah di Nusantara ini boleh dikategorikan bersama-sama dengan tokoh seperti Syeikh Ismail Minangkabau dan Syeikh Abdul Wahab Rokan . Al Fatehah.......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...