Langkau ke kandungan utama

WAN MUHAMMAD SAMAN BIN WAN ISMAIL - PERDANA MENTERI KEDAH DARULAMAN.


Lahir di Alor Janggus pada tahun 1830 dan meninggal dunia pada 14 Disember 1899 di Alor Star . Tokoh ini banyak berjasa dalam pembanggunan negeri Kedah pada kurun 19. Berkhidmat di bawah 3 pemerintahan Sultan iaitu Sultan Ahmad Tajuddin , Sultan Zainal Abidin Muazam Shah dan Sultan Abdul Hamid . Ketika era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin , baginda telah mewujudkan jawatan Perdana Menteri dan telah melantik jawatan Wan Muhammad Saman menyandangnya. Gelaran ini disandangnya sehingga beliau meninggal dunia. Beliau merupakan pentadbir yang terkenal kerana memajukan ekonomi Negeri Kedah . Antara jasanya yang paling terkenal ialah membina terusan air dari Kota Setar ke Gurun pada tahun 1885 . Terusan ini dikenali sebagai ' Terusan Wan Muhammad Saman ' sempena nama beliau . dan jasanya yang tidak kurang pentingnya adalah menjadikan Alor Setar sebagai pusat pemerintahan pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman. Moga jasanya yang besar ini diingati selalu oleh rakyat Kedah sepanjang masa.!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.