Langkau ke kandungan utama

HAJI NIK ABDULLAH BIN MUFTI HAJI WAN MUSA - ULAMA DAN PELOPOR TARIQ SHAHWALIULLAH AL DEHLAWI DI TANAH MELAYU.


Dilahirkan di Kota Baru pada tahun 1902 M. Ayahandanya ialah seorang ulama dan Mufti Kelantan yang terkenal iaitu Mufti Haji Wan Musa Bin Syeikh Abdul Samad ( Tuan Tabal ) . Pendidikan awalnya ialah dengan bapanya , bapa saudaranya Haji Wan Abdullah , ulama -ulama di Kota Baru dan Tok Khurasan ( seorang ulama hadis yang terkenal dari Afghanistan ) . Seterusnya melanjutkan pelajaran ke Masjidil Haram . diantara guru -gurunya disana ialah Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Umar Hamdan dan ulama-ulama Melayu yang bermukim di Mekah ketika itu .Namun beliau belum  merasa puas sehinggalah berguru kepada seorang ulama dari India iaitu Maulana Ubaidillah Al Sindhi menurut Tariq Shah Waliullah Al Dehlawi . Setelah belajar dengan Maulana Ubaidillah Al Sindhi selama 4 tahun , pada tahun 1934 beliau pulang ke Kelantan dan disambut dengan hangat oleh penduduk Kelantan sebagai seorang ulama besar . Walaubagaimanapun beliau sempat mencurahkan ilmunya kepada penduduk Kelantan selama 8 bulan saja sebelum beliau meninggal dunia pada tahun 1935 . Jasa dan bakti beliau menyebarkan pengajaran agama tetap akan dikenang !  Al Fatihah...........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...