Langkau ke kandungan utama

SYEIKH HASAN KRUENG KALEE - ULAMA KAUM TUA DI ACEH.


Tengku Hj.Hasan Bin Tengku Hanafiyah Bin Tengku Syeikh Abbas Bin Tengku Muhammad Fadli , begitulah nama sebenar beliau. Di lahirkan dari golongan bangsawan pada tahun 1303 Hijrah di Pidie , Aceh . Ketika mudanya belajar dengan ulama-ulama di Pidie dan sekitarnya. Sebelum menuntut ilmu di Makkah beliau terlebih dahulu belajar di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Yan , Kedah D.Aman kepada ulama-ulama diKedah terutamanya kepada Syeikh Arshad dan Syeikh Said Yan. Di Tanah Suci beliau belajar kepada Syeikh Said Sunbul ( Mufti Syafei ) , Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Said Al Yamani , Syeikh Mukhtar Bogor , Pak Dail Al Fatani , Syeikh Hasan Masyath dan lain lain ulama lagi. Setelah menuntut  ilmu  lebihkurang selama 10 tahun beliau kembali ke tanah airnya iaitu di Aceh. Oleh kerana kealimanya , beliau telah membuka pondok pengajian di Krueng Kalee , Aceh. Mengajar kitab-kitab Syafei dipondoknya. Syeikh Hasan Krueng Kalee meninggal dunia pada hari Khamis 19 Januari 1973  dalam usia 91 tahun dan dikebumikan di Krueng Kalee. Al Fatehah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.