Langkau ke kandungan utama

MUNSHI SULAIMAN BIN MUHAMMAD NOR ( 1870 - 1928 ) - GURU BAHASA MELAYU DAN AYAHANDA KEPADA TOKOH PENDIDIKAN IBU ZAIN.


Tokoh bahasa Melayu ini dilahirkan di Siak Seri Indrapura , Sumatera pada tahun 1870 . Ketika berumur 11 tahun berpindah ke Melaka bersama keluarganya . Mendapat pendidikan  normal di Sekolah Melayu Bukit Cina . Beliau adalah pelajar yang pintar dalam bidang bahasa Melayu. Melanjutkan pelajarannya seterusnya di Maktab Melayu di Singapura. Disamping menuntut ilmu di Maktab Melayu Singapura beliau menuntut ilmu secara perseorangan dengan tokoh bahasa yang masyhur ketika itu di Singapura iaitu Munshi Muhammad Ali Bin Ghulam Hussain Al Hindi . Kerana kepandaian beliau dalam bahasa melayu , beliau telah dilantik sebagai Guru utama  di Maktab Melayu Melaka yang baru dibina itu. Disamping belajar mengajar , beliau mengarang banyak kitab-kitab . Antaranya yang boleh dicatat disini adalah seperti berikut - Kitab Gemala Hikmat ( 1907 ) , Kitab Kitaran Budi bersama W.G Shellbear , Kitab Miftah Pengenalan , diterbitkan pada tahun 1930 dan banyak lagi. Ayahanda kepada tokoh pendidikan ini iaitu Ibu Zain telah kembali kerahmatullah di Johor Bahru pada tahun 1928 dan dikebumikan di Perkuburan Diraja Mahmudiah atas titah AlMarhum Sultan Ibrahim ibni AlMarhum Sultan Abu Bakar Al Masyhur , Sultan Johor ketika itu. Al Fatehah .....






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.