Langkau ke kandungan utama

SYEIKH MUIM BIN SYEIKH ABDUL WAHAB ROKAN AL KHALIDI - TUAN GURU KE 7 TAREKAT NAQSHABANDIYAH SERTA FAQIH LANGKAT.


Lahir pada tahun 1330 Hijrah bersamaan 1910 Masehi di Kg. Besilam . Putera kepada Tuan Guru yang masyhur iaitu Al Arif Billah Tuan Syeikh Abd Wahab Rokan Al Naqshabandi Al Khalidi. Beliau mendapat pendidikan awal kepada kekandanya Syeikh Yahya Afendi seterusnya kepada ulama-ulama yang masyhur di Langkat seperti Syeikh Abdul Rashid Thaib Minangkabau , Hj Said Kubu , Qadhi Hj Muhammad Nur Langkat , Syeikh Abdullah Afifuddin dan guru-guru di Masrasah Al Musawiyah Tg Pura yang terkenal itu.Banyak mengarang kitab-kitab agama serta berdakwah ke merata negeri. Beliau menerima baiah dari kekandanya Syeikh Yahya Afendi . Menjadi Tuan Guru ke 7 memimpin tarekat Nagshabandiyah Khalidiyah .Ramai ulama sezamanya dengan beliau mengakui kealimannya dalam bidang  fiqh syafei. Oleh itu layak digelar sebagai Faqih Langkat .Salah seorang anaknya iaitu Tuan Guru Syeikh Hashim Syarwani , menjadi Tuan Guru memimpin Tarekat Naqshabandiyah ini di Kg Besilam , Langkat. Syeikh Muim kembali kerahmatullah pada 11 Rabiul Awal 1401 Hijrah dan dimakamkan di Perkampungan Besilam , Tg Pura , Langkat. Al - Fatehah ...........!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.