Langkau ke kandungan utama

MUHAMMAD BIN MUHAMMAD AMIN - GURU BESAR SEKOLAH MELAYU SETAPAK DAN GURU KEPADA BAPA WARTAWAN MELAYU ( ABDUL RAHIM KAJAI ).




Tokoh ini dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1871 dari keluarga Melayu yang berasal dari Kedah. Pendidikan awalnya di Pulau Pinang ialah  di Sekolah Melayu dan seterusnya di Penang Free School. . Beliau amat berminat dalam bidang bahasa terutamanya bahasa Melayu .Selain belajar secara formal , beliau belajar juga belajar bahasa pada mereka yang ahli tentang bahasa  seperti ulama-ulama , munshi bahasa dan pegawai-pegawai inggeris. Pada tahun 1890 ketika berumur 20 tahun beliau belayar ke Kuala Lumpur untuk berkerja di Goverment Printing Office bawah pentadbiran Negeri Melayu Bersekutu  , sehingga tahun 1900 . Oleh kerana kepandaian serta ketokohan beliau sebagai ahli bahasa Melayu  , beliau telah dilantik sebagai Guru Besar  Sekolah Melayu Setapak oleh Kerajaan Selangor dan Pentadbir Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Beliau menabur bakti kepada anak bangsanya dalam bidang pendidikan hingga keakhir hayatnya. Antara muridnya yang mendapat didikan dari beliau adalah Abdul Rahim Kajai , tokoh  'bapa Wartawan Melayu ". Moga jasa bakti Muhammad bin Muhammad Amin dikenang sentiasa oleh bangsa Melayu. Al Fatehah......

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.