Tengku Hj.Hasan Bin Tengku Hanafiyah Bin Tengku Syeikh Abbas Bin Tengku Muhammad Fadli , begitulah nama sebenar beliau. Di lahirkan dari golongan bangsawan pada tahun 1303 Hijrah di Pidie , Aceh . Ketika mudanya belajar dengan ulama-ulama di Pidie dan sekitarnya. Sebelum menuntut ilmu di Makkah beliau terlebih dahulu belajar di Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Yan , Kedah D.Aman kepada ulama-ulama diKedah terutamanya kepada Syeikh Arshad dan Syeikh Said Yan. Di Tanah Suci beliau belajar kepada Syeikh Said Sunbul ( Mufti Syafei ) , Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Said Al Yamani , Syeikh Mukhtar Bogor , Pak Dail Al Fatani , Syeikh Hasan Masyath dan lain lain ulama lagi. Setelah menuntut ilmu lebihkurang selama 10 tahun beliau kembali ke tanah airnya iaitu di Aceh. Oleh kerana kealimanya , beliau telah membuka pondok pengajian di Krueng Kalee , Aceh. Mengajar kitab-kitab Syafei dipondoknya. Syeikh Hasan Krueng Kalee meninggal dunia pada hari Khamis 19 Januari 1973 dala...