Langkau ke kandungan utama

DATO KLANA MAAMOR BIN KASIM - UNDANG LUAK SG.UJONG.

Dato Klana Maamor di zaman Jepun (Koleksi Penulis) 

Dilahirkan pada tahun 1877 di Sg.Ujong. Menjadi Dato Klana Putra atau Undang Luak Sg Ujong pada tahun 1889 ketika berumut 12 tahun. Luak Sg Ujong ketika itu adalah negeri berkerajaan sendiri. Pemerintah adalah Undang Luak atau Dato Klana bersama-sama Dato Shahbandar. Dato Klana Maamor adalah dari waris didarat dari waris hulu. Undang Luak Sg Ujong dipilih /digilir antara waris hulu dan hilir. Antara perkara penting ketika pemerintahan Dato Klana Maamor adalah ' Perjanjian Persekutuan' yang membentuk sebuah negeri yang bernama Negeri Sembilan seperti mana yang ada sekarang. Walaupun pada perjanjian tersebut, beliau tidak menandatanganinya, beliau telah mewakilkan kepada Dato Shahbandar Sg Ujong bagi pihak Luak Sg Ujong. Luak Sg Ujong bersetuju dengan Luak yang lain ( Jelebu , Rembau , Johol dan Tampin ) membentuk sebuah negeri yang dipanggil Negeri Sembilan. Dato Klana Maamor meninggal dunia pada Disember 1945 di Ampangan dan dikebumikan di Masjid Dato Klana Sendeng. Jawatan Undang Luak Sg Ujong seterusnya adalah Dato Klana Mohammad Kassim dari waris hilir . Ketika ini pemerintah Luak Sg Ujong adalah Dato Klana Hj. Mubarak yang merupakan cicit kepada Almarhum Dato Klana Maamor. Moga Allah mengurniakan keamanan kepada Luak Sg Ujong .



Ulasan

  1. Assalamualaikum Pakcik Shahrir,

    Susur galur keturunan kita adalah dari Dato Shahbandar ye?

    Khairul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AHMAD BIN HAJI OSMAN - KETUA KAMPUNG BANDA DALAM TAHUN 60AN DAN 70AN

Dilahirkan sekitar tahun 1908 di Batu 4 , Jalan Gombak. Orang tuanya Hj.Osman Bin Abdullah ( Kadhi K.Lumpur 1) dan ibunya Fatimah binti Pakeh Salad. Dari kecilnya hingga ke hari tuanya menetap di Jalan Gombak, kampung halaman ibunya. Menerima pendidikan mudanya di  Sekolah Melayu di K.Lumpur. Juga menerima pendidikan dari kekandanya  yang merupakan orang Melayu terpelajar di masa. ( Munshi Abdul Rahman - seorang guru Melayu di Pejabat Residen British di K.Lumpur dan Abd.Rahim - Pengasas 'Majalah Guru' dan Penyelia Asrama Melayu di Kg.Baru ).Ketika mudanya beliau bersama2  tokoh Melayu yang lain di Setapak menubuhkan 'Persatuan Melayu Setapak'(1928). Beliau bertugas di percetakkan negara di Jalan Raja (sekarang bersebelahan Dataran Merdeka) .Ketika zaman Jepun beliauberada di Seremban bertugas di syarikat getahdan tinggal bersama-sama adindanya ( Dato Shahbandar Abu Bakar ) di Ampangan hingga akhir perang dunia ke 2. Selepas perang , beliau bertugas di Jabatan pene...