Langkau ke kandungan utama

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AHMAD BIN HAJI OSMAN - KETUA KAMPUNG BANDA DALAM TAHUN 60AN DAN 70AN

Dilahirkan sekitar tahun 1908 di Batu 4 , Jalan Gombak. Orang tuanya Hj.Osman Bin Abdullah ( Kadhi K.Lumpur 1) dan ibunya Fatimah binti Pakeh Salad. Dari kecilnya hingga ke hari tuanya menetap di Jalan Gombak, kampung halaman ibunya. Menerima pendidikan mudanya di  Sekolah Melayu di K.Lumpur. Juga menerima pendidikan dari kekandanya  yang merupakan orang Melayu terpelajar di masa. ( Munshi Abdul Rahman - seorang guru Melayu di Pejabat Residen British di K.Lumpur dan Abd.Rahim - Pengasas 'Majalah Guru' dan Penyelia Asrama Melayu di Kg.Baru ).Ketika mudanya beliau bersama2  tokoh Melayu yang lain di Setapak menubuhkan 'Persatuan Melayu Setapak'(1928). Beliau bertugas di percetakkan negara di Jalan Raja (sekarang bersebelahan Dataran Merdeka) .Ketika zaman Jepun beliauberada di Seremban bertugas di syarikat getahdan tinggal bersama-sama adindanya ( Dato Shahbandar Abu Bakar ) di Ampangan hingga akhir perang dunia ke 2. Selepas perang , beliau bertugas di Jabatan pene