Sempena Hol ayahanda ke 38 , disini saya coretkan serba sedikit berkenaan masa-masa akhir usia ayahanda. Mula ayahanda merasa amat sakit yang membawa kepada kematiannya adalah pada malam 2 Feb.76 . Pada pagi keesokannya jam 4 pagi beliau memanggil anak-anaknya yang tinggal bersamanya dan memberi beberapa nasihat . Pada subuh hari, setelah menunaikan solat subuh , sakitnya bertambah berat. Lalu ibu bersama anakandanya membawa ke Hospital K.Lumpur.Sekitar jam 9.15 pagi beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 62 tahun lebih. Pada petang hari yang sama , jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Ampang berhampiran kubur ayahanda dan bondanya. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosanya ketika berada di dunia ini dan tempatkannya bersama-sama para solihin dan kekasihMu !. Amiin Ya Rabbal Alamiin .
HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) , A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...
Ulasan
Catat Ulasan