Syeikhul Islam (berselendang) bersebelahan Hj Usman Abdullah (Kadi Kuala Lumpur 1)
di Kuala Lumpur pada awal kurun ke 20.
Dilahirkan di Kampung Tungkar, Tanah Datar, Minangkabau. Muridnya Muhammad Saleh Mandahiling menyebut tahun lahirnya 1266 Hijrah. Tapi tarikh tersebut di pertikaikan oleh pengkaji. Wafat pada tahun 17 Zulkaedah 1351 Hijrah /12 Mac 1933 masihi di Kuala Lumpur dan dimakamkan bersebelahan moyang saya ,
Hj Usman bin Abdullah (Kadi Kuala Lumpur yang pertama di Perkuburan Islam , Ampang. Beliau bersaudara dengan moyang saya , itulah sebabnya makamnya berhampiran dengannya. Diberitahu kematian beliau adalah disebabkan terbabit dengan kemalangan kereta di kawasan Kuala Selangor. Sebelum dilantik sebagai Syeikhul Islam di Perak, beliau pernah memegang jawatan Hakim di Kerajaan Riau-Lingga atas kehendak
Yam Tuan Muda ,
Raja Muhammad Yusuf Al-Ahmadi. Setelah itu berpindah ke Perak ketika pemerintahan Sultan Idris Al Mursyidul Azam Shah. Beliau secara rasmi dilantik sebagai
Syeikhul Islam di Perak pada tahun 6 Jamadil akhir 1343 /1 Januari 1925, ketika pemerintahan
Sultan Iskandar Kadasallah Syah. Begitulah riwayat beliau ini yang bertalian kerabat dengan moyang saya,
Hj Usman (Kadi Kuala Lumpur) juga dengan
Tok Ungku Syeikh Yusuf Langkat
Salam tuan. Boleh bg 1 copy foto klasik ni yg jelas?
BalasPadamAs-salam,
BalasPadamSaya ingin merujuk dan mengenal pasti tekait tajuk artikel di atas "Syeikh Muhammad Saleh bin Mohd Taib Minangkabau - Syeikhul Islam Perak Darul Ridzuan", ada kah ulamak yg maksud juga di kenali sebagai Syeikh Muhammad Salleh bin Abdullah Minankabawi iaitu musanif kitab Kasyful Asrar?
Maaf tuan....kitab2 dia byk terdpt Di masjid kg baru, kl....Kami sebagai anak Dan cucu hanya Ada simpanan riwayat hidup dia...
PadamSalam tuan. Mengikut cerita ayah dan pakcik2 sy. Beliau juga adalah keturunan kami. Sekarang sy cuba nak cari maklumat tentang anak2 menantu beliau untuk cari kebenaran. Tuan ada tak maklumat anak2 menantu beliau?
BalasPadam