Langkau ke kandungan utama

MAIMUNAH BINTI HAJI OSMAN

(Anakanda tunggal Maimunah - Hjh Jamilah)


Nenda sebelah ibu saya. Tiada banyak maklumat tentang beliau kerana beliau meninggal dunia di usia muda,sekitar tahun 1927 - 1928. Dilahirkan kepada pasangan Qadhi Haji Osman Bin Abdullah ( Qadhi K.Lumpur yang 1 ) dengan Fatimah Binti Pakeh Salad. Beliau adalah anak ke 2 kepada pasangan tersebut. Lahir di K.Lumpur pada tahun 1906 (maklumat diterima daripada adindanya, Ahmad Hj Osman). beliau bernikah dengan nenda saya Haji Musa Bin Muhammad Salleh (berasal dari Kg.Batu,Selayang) seorang guru agama terkenal  yang mengajar sekitar Jalan Ipoh,Segambut,Selayang dan Gombak pada tahun 1920an dan 1930an
Dari kecil hingga ke akhir hayatnya beliau tinggal bersama-sama nenaknya ( Hjh.Kamariah binti Hj Zainal Abidin) di Batu 4,Jalan Gombak.Hasi perkongsian hidupnya bersama Hj.Musa ,dikurniakan seorang anak perempuan (Hjh Jamilah - bonda saya).Ketika anaknya berusia 1 tahun , beliau kembali ke rahmatullah. Dikebumikan di Perkuburan Islam Kg Puah,Gombak. Moga Allah cucuri rahmat keatas rohnya. Al-Fatihah....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!