Langkau ke kandungan utama

Moyangku - Haji Ismail ( Datuk Sutan Randah ) , Penghulu Pekan Binjai.

Makam Haji Ismail

Haji Shahrir Bin Mohd Kamil Bin Haji Muhammad Noor Bin Haji Ismail , begitulah silsilah saya. Moyang saya ini Haji Ismail berasal dari Cangking , Minangkabau . Tinggal di pekan Binjai hingga akhir hayat beliau. Di makamkan di Gang Syekh Samah di pekan Binjai . Di Binjai beliau adalah Penghulu . Digelar orang dengan gelaran Datuk Sutan Randah . Berkahwin 3 kali perkahwinan . Isteri 1. - Siti Sa'diah , anak - Hj.Muhammad Noor . Isteri 2. - Sharifah binti Tok Ungku Syeikh Muhammad Yusuf , anak - 5 orang ,semua menetap di Binjai . Isteri 3. - Hajjah Zainab binti Tuk Ungku Syeikh Muhammad Yusuf . Anak - Muhammad Amin ,Siti Zubaidah , Hassan , Dr.Darwis , Dr.Mohamad Isa dan Siti Nuriyyah. Haji Ismail mninggal dunia pada jam 5.05minit petang hari Isnin 22 Ramadhan 1336 bersamaan 1 .1 .1918 . Al Fatihah .......

Ulasan

  1. Assalamu'alaikum...
    Saya harus panggil apa? Apakah pakcik atau abang. Maaf setahu saya, ungku ismail dari istri sharifah punya anak tunggal, cucunya yang 5. Saya adalah anak dari cucu ke-2.
    Demikian pakcik atau abang...., maaf kalau saya salah sebut.
    Wassalam

    BalasPadam
  2. Kita setatusnya sama.panggil abang je.tapi bila abang makcik tanjung pura maka dipanggil pakcik.berkenaan dgn.moyang saya Haji Ismail itu.saya keturunan isterinya yg pertama Siti Saadiah asal dari Palembayan.Minangkabau

    BalasPadam
  3. Kita setatusnya sama.panggil abang je.tapi bila abang makcik tanjung pura maka dipanggil pakcik.berkenaan dgn.moyang saya Haji Ismail itu.saya keturunan isterinya yg pertama Siti Saadiah asal dari Palembayan.Minangkabau

    BalasPadam
  4. Baru buka lagi abg/pakcik, bingung manggilnya apa hehehe, dulu atok ismail rauf di tj pura (buya nya makcik cicik), pernah ngasi terombo/silsilah 2x tapi ntah dmana sekarang terombo itu. Banyak belajar silsilah justru dr atok, bukan dr ayah krn ayah meninggal kami masih kecil kecil, dulu ayah sama atok pernah punya niatan pengen k tabek patah utk menelusuri sejarah tapi niatan blum sampai, ayah sudah berpulang.
    Salam buat makcik cicik, pakcik.

    BalasPadam
  5. kak ijin tanya apakah? punya silsilah keturunan dari haji ismail yang lengkap karena saya juga sedang menelusuri hubungan dari Haji Ismail dengan Syech H, Samah katanya masih terkait hubungan keluarga jika punya no WA bisa infokan ke Email saya santosoew@gmail.com terima kasih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...