Langkau ke kandungan utama

DATO KHATIB KOYAN - PEMIMPIN KAUM MELAYU KUALA LUMPUR DAN PENGHULU SETAPAK YANG TERKENAL.


Khatib bin Abdullah begitulah namanya kepada tokoh yang berpengaruh di K.Lumpur di akhir abad ke 19 dan di awal 20. Perkataan 'Koyan' merujuk kepada kekayaan beliau yang banyak ketika itu. Dilahirkan di Tanah Minangkabau . Merantau ke Kolang ( istilah ketika itu merujuk kepada merantau ke Tanah Melayu ). Tiba di K.Lumpur sekitar selepas Perang Selangor dan menetap di Kg Rawa ,K.Lumpur. Kg.Rawa adalah penempatan pertama di K.Lumpur yang menempatkan orang-orang Melayu suku Mandahiling , Rawa dan Minangkabau. Mula - mula berkerja dengan Sutan Puasa  mendulang bijih sekitar Sg.Gombak. ( sekarang disebelah Bangunan Dewan Bandaraya ) sehinggalah menjadi orang Melayu paling kaya di Kuala Lumpur. Disebabkan kekayaan beliau yang banyak itu serta ketokohan beliau sebagai pemimpin Melayu Kuala Lumpur maka Sultan Selangor telah melantik beliau sebagai Penghulu Setapak , jawatan ini disandang beliau sehinggalah beliau meninggal dunia. Semasa hayat , beliau telah membanggunkan  Masjid Jamiul Ehsan di pekan Setapak serta sebuah Madrasah di Kg.Baru. Moga segala jasa dan khidmat beliau di Kuala Lumpur dikenang oleh anak cucu dan bangsa Melayu sepanjang zaman .Al - fatehah !

Ulasan

  1. Salam, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai sejarah dato khatib koyan, boleh berikan contact number yang boleh saya hubungi?

    BalasPadam
  2. Sebelum Khatib Koyan ada ramai lagi Penghulu Setapak/Gombak... Penghulu2 dan Ketua Kampung (pada masa itu Ketua Kampung sudah pangkat besar dan rata-rata adalah bangsawan minang) ini masing2 melobi untuk jawatan sebagai Penghulu.. Perbalahan mula timbul semasa Zaman Dato' Sati.... interesting fact, Khatib Koyan became the famous Penghulu of Setapak (Gombak)....

    BalasPadam

Catat Ulasan