Langkau ke kandungan utama

SYEIKH ABDULLAH AFIFUDDIN LANGKAT

Masjid Azizi , Langkat.

Lahir di Langkat , Sumatera Timur sekitar akhir kurun ke 19 . Beliau adalah keturunan Tuk Ungku Syeikh Yusuf Al - Khalidi. Pendidikan awalnya adalah belajar kepada ulama-ulama tempatan di Langkat. Seterusnya belajar di Madrasah Aziziyah , Tanjung Pura. Di Tanjung Pura menuntut ilmu dengan sejumlah ulama seperti Syeikh Muhammad Nur Abdul Karim ( Mufti Langkat ) , Haji Muhammad Noor Ismail ( Qadhi Langkat )  dan Tuan Guru Besilam . Ke Mekah , tidaklah lama beliau di sana . Antara guru-gurunya di Mekah yang dapat dicatat adalah Syeikh Mukhtar Bogor dan Syeikh Abd Qadir bin Sobir Al - Mandili. Di Mesir atau lebih tepatnya di Al - Azhar Al Shariff , namanya  begitu terkenal di kalanggan penuntut-penuntut ilmu . Dalam catatan sahabatnya Syeikh Idris Al Marbawi ada menyatakan Syeikh Abdullah Afifuddin menuntut ilmu falak kepada ulama / guru yang masyhur di Al Azhar Sharif iaitu Syeikh Al - Ala Al Falaki . Beliau bersama-sama Syeikh Idris Al Marbawi , Syeikh Junid Thola , Syeikh Nassir Al Jauhari adalah pengarang bersama yang mengarang kamus Al Marbawi yang terkenal itu pada peringkat awalnya sebelum mereka menggundurkan diri. Di tanah airnya iaitu di Langkat , beliau adalah seorang ulama yang dapat diterima pandangannya oleh masyarakat dan golongan istana. Menjadi wakil ulama Langkat dalam banyak pertemuan , persidangan dan majlis seperti pertemuaan Ulama Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura dizaman penjajahan Jepun. Jasa dan baktinya juga banyak dalam memperjuangkan kemerdekaan tanahairnya, Indonesia. Inilah secebis kesah kehidupan seorang ulama yang dikasihi oleh masyarakat , Langkat !
Al  Fatihah .... !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!