Langkau ke kandungan utama

SYEIKH MUHAMMAD SAAD MUNGKA - ULAMA DAN PEMBELA KAUM TUA DI MINANGKABAU.

Syeikh Sulaiaman Ar-Rasuli (Sahabat kepada Syeikh Muhammad Saad Mungka)
Tokoh besar ini dilahirkaan pada tahun 1857 di Minangkabau. Berguru dengan ulama-ulama tempatan setelah itu melanjutkan pelajaran agama di Mekah , Madinah dan Yaman dalam jangkamasa 20 tahun Antara guru-gurunya ialah Syeikh Ahmad Zaini Dahlan ( Mufti Syafei ) ,Syeikh Sulaiman bin Hasbullah Al Makki , Syeikh Muhammad Amin Ridwan Al Madani , Syeikh Ali Al Watri , Syeikh Nuka Mat Kechil Al Fatani , Syeikh Usman Serawak  dan ramai lagi ulama besar di tanah suci. Setelah tamat pengajian di Timur tengah , pulang ke tanahairnya Minagkabau dan mengajar di kampungnya . Ulama-ulama Minangkabau memandang tinggi kealimannya beliau . Berpolemik dengan Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau ,telah menaikkan nama beliau di Minagkabau khasnya dan Alam Melayu amnya. Banyak mengarang kitab-kitab agama terutamanya dalam bab tasauwuf. Sejarah beliau sebenarnya amat panjang. Rencana ini  hanyalah secebis coretan kecil untuk mengenang jasa beliau itu. Meninggal dunai pada tahun 1942 dizaman pendudukan Jepun di Minagkabau dalam usia tua 95 tahun. Al Fatihah .......!                              

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!