Langkau ke kandungan utama

HAJI YUSOF BIN SHAHBUDDIN - MUFTI SELANGOR DARUL EHSAN


Tokoh ini adalah salah seorang Mufti Selangor yang masyhur . Menjadi Mufti Selangor ketika zaman British sehingga awal kemerdekaan Tanah Melayu . Dilahirkan pada tahun 1883 di Kelang . Belajar agama dari peringkat rendah hingga tinggi mula-mula di Pondok Padang Lalang seterusnya ke Mekah . Di Mekah belajar selama lebih kurang 13 tahun . Diantara guru-gurunya di Mekah ialah Syeikh Mukhtar Attarid Bogor, Syeikh Abd.Qadir Bin Sobir Al Mandili , Syeikh Ali Al Maliki , Syeikh Abdullah Zawawi dan ramai lagi ulama besar di sana. Setelah selesai pengajian di Mekah , beliau tidak langsung pulang ke tanahair tetapi mengajar di beberapa madrasah di tanah suci. Ketika Sultan Selangor ketika itu ( Sultan Hishamuddin Alam Shah ) melawat Ke Mekah , telah berjumpa dengan beliau dan amat tertarik atas ketinggian ilmu beliau . Pada tahun 1953 , Kerajaan Selangor telah melantik beliau sebagai Mufti kerajaan Negeri Selangor . Antara jasa - jasa beliau semasa menjadi Mufti adalah menyekat pengaruh Ajaran Qadiani dan ajaran-ajaran sesat yang lain dari bertapak dinegeri Selangor . Banyak juga mengarang kitab dan risalah agama . Antara yang terkenal ialah bertajuk ' Sekitar Hukum Mengumpul Zakat ' . Moga jasa - jasa beliau ini dikenang oleh rakyat Selangor dan seluruh kaum muslimin / muslimat ! . Al Fatehah.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.