Langkau ke kandungan utama

DATO' MAHMUD BIN MAT - PEGAWAI PENTADBIR MELAYU YANG BERPENGALAMAN LUAS .


Dato Sir Mahmud bin Mat adalah nama yang digunakan dalam buku riwayat hidup beliau yang bertajuk 'Tinggal Kenangan' . Beliau merupakan seorang pentadbir yang banyak pengalaman yang mencurah bakti kepada tanahairnya iaitu Tanah Melayu atau Malaya pada separuh abad ke 21 ( 1910 - 1960 ) . Dilahirkan di Pahang pada tahun 1894 dizaman pemerintahan Sultan Ahmad Muazam Shah. Beliau boleh dikatakan berasal dari golongan bangsawan. Dengan Dato Hussin ( ayahanda kepada Tun Abd.Razak ) masih  dari kalangan keluarga rapat juga . Bersekolah rendah di Pahang seterusnya dihantar oleh Sultan Pahang menuntut di Maktab Melayu K.Kangsar. Setelah selesai menuntut di Maktab Melayu , beliau bertugas sebagai Pegawai Pentadbir Melayu ( MAS). Antara  tempat-tempat yang beliau bertugas sebagai Pegawai Pentadbir adalah Tampin , K,Pilah , K.Lipis , Temerloh , Kuantan , Sitiawan dan Grik . Beliau bertugas sebagai Pentadbir Melayu sehingga Perang Dunia Ke 2 . Pada tahun 1948  beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Pahang yang pertama sehingga tahun 1951. Pada tahun 1953 pihak British telah mengurniakan kepada beliau  CMG dan KBE bagi menghargai sumbangan beliau pada Malaya . Pada April 1971 beliau meninggal dunia dalam usia 77 tahun. Al - Fatihah !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!