Langkau ke kandungan utama

HAJI ABBAS TAHA - ULAMA PROGRESIF , QADHI DAN TOKOH ISLAH NUSANTARA.


Tokoh ini memainkan peranan yang besar dalam perkembangan pemikiran pembaharuan Islam di Nusantara ini. Tiada banyak maklumat tentang tokoh ini yang diketahui umum , hanya maklumat yang ada seperti beliau merupakan salah seorang tokoh pengasas majalah Al-Imam yang terkenal itu pada tahun 1906. Juga terlibat aktif dalam perbincangan perkara khilaf di Tanah Melayu.Seorang tokoh utama Kaum Muda di Nusantara sepertimana rakan-rakan beliau Syeikh Tahir Jalaluddin,Mufti Haji Wan Musa,Syeikh Abu Bakar Ashaari.Haji Abdul Karim Amrullah (Bapa Buya Hamka) dan lain-lain lagi. Dilahirkan di Singapura pada tahun 1885. Pendidikan awalnya di Singapura dan seterusnya ke Mekah . Di Mekah beliau belajar bukan hanya kepada ulama yang bermazhab Syafei tetapi kepada ulama mazhab yang lain seperti Syeikh Sulaiman Hasbullah AlMakki , Syeikh Ali Almaliki, Syeikh Muhammad Amin Ridwan AlMadani,Syeikh Abdullah Dagestani, Syeikh Ubaidullah Al Sindi dan lain-lain lagi. Apabila selesai pengajian beliau di Timur Tengah beliau kembali ke Nusantara . Bersama - sama rakan, beliau  menerbitkan Majalah Al Imam dan juga menerbitkan majalah / suratkhabar Neraca. Puncak pencapaian beliau ialah ketika menjadi Qadhi Besar Singapura awal tahun 1930an. Begitulah sekumit kesah tentang tokoh besar ini yang dapat penulis coretkan !

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!