Langkau ke kandungan utama

ABDUL RAHMAN BIN HAJI USMAN - GURU BAHASA MELAYU ( MUNSHI ) DAN TOK AKI PENULIS.


Dikalangan keluarga penulis , Abdul Rahman ini adalah ahli keluarga yang dituakan. Penulis memanggilnya dengan panggilan Tok Aki. Disebelah bapa penulis beliau adalah berpangkat moyang , manakala sebelah ibu pula berpangkat datuk. Ketika akhir hayat beliau , penulis serta ayah penulis kerap menziarahi beliau di rumahnya di Jalan Raja Abdullah ( Hale Road ) di Kg.Baru . Beliau lahir pada tahun 1882 di K.Lumpur ( berhampiran Masjid Jamek K.Lumpur ). Ayah beliau Haji Usman bin Abdullah adalah Imam serta Qadhi K.Lumpur yang pertama. Hj.Usman ini juga adalah peneroka awal K.Lumpur berserta dengan sahabat beliau Sutan Puasa , Abdullah Hukum dan peneroka-peneroka yang lain dari Mandahiling , Rawa dan Minangkabau. Awal pendidikannya adalah di K.Lumpur , Melaka dan di Riau. Beliau ahli dalam persuratan Melayu. Kerana keahlian itu pihak British melantik beliau sebagai Malay Writer di Selangor dan Guru Bahasa Melayu Bagi Pesuruhjaya British di Negeri-Negeri Bersekutu pada tahun 1906 - 1912. Pada tahun 1916 beliau dilantik sebagai Guru Melayu di Pejabat Pelajaran , Singapura. Kerana jasa-jasa ini , pihak British telah memberi pingat  Medal Of British Empire pada tahun 1950an. Beliau juga pernah menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Melayu Selangor dan AhliJawatankuasa awal Kelab Sultan Sulaiman. Antara murid-murid beliau yang menjadi tokoh masyarakat adalah Dato Hussain ( ayah Tun Razak ) , putera-putera Almarhum Sultan Sulaiman Selangor dan Tan sri Mubin Sheppard. Beliau kembali ke rahmatullah pada 6 Febuari 1975 di usia 90 an. Dikebumikan di Perkuburan Islam Jalan Ampang , bersebelahan dengan kubur  Syeikhul Islam Perak. Al - Fatihah ....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...