Langkau ke kandungan utama

SYEIKH MUHAMMAD YUNUS BINJAI - ULAMA DAN PENASIHAT AL JAMIATUL WASHLIYAH


Dilahirkan di Kg.Percukaian , Binjai , Langkat  pada tahun 1889. Berketurunan Mandahiling. Pendidikan awalnya di Binjai dan Besilam ( perkampungan pendidikan Islam yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Wahab Rokan ). Seterusnya memondok di pondok di Negeri Kedah DarulAman. Tidak dapat dipastikan dipondok dimana?.Setelah menuntut lebih kurang 4 tahun di Kedah , beliau melanjutkan pula ke Mekah. DiMekah beliau belajar di halaqah Masjidil Haram dengan ulama-ulama Jawi yang mashur ketika itu seperti Syeikh Ahmad AlFatani, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabauwi, Syeikh Abdul Qadir Sobir AlMandili , Syeikh Abd Hamid Kudus dan lain-lain lagi. Beliau di Mekah sekitar 16 tahun . Pulang ke kampung halaman iaitu di Sumatera terus menentap di Binjai . Oleh kerana kealimannya beliau telah dilantik sebagai Guru utama di Maktab Al-Islamiyah , Medan. Kerana minat beliau untuk menyebarkan dakwah secara organisasi , beliau bersama-sama ulama disekitar daerah Sumatera Timur menubuhkan - Al-Jamiatul Washliyah , Beliau telah dilantik sebagai Penasihat organisasi ini sehingga beliau kembali kerahmatulAllah..Pada hari Raya Aidil Fitri tahun 1960 beliau kembali ke rahmatullah secara tenang. Seluruh hidup beliau abdikan kepada menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah Islamiyah. Moga Allah menerima amalnya. Amiin!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!