Langkau ke kandungan utama

SYEIKH JAAFAR HASAN AL-MANDAHILI - ULAMA MELAYUYANG MENUNTUT ILMU SEHINGGA BAITUL MAQDIS.

SYEIKH JAAFAR HASAN AL-MANDAHILI

Ulama Mandahiling ini kurang dikenali , tidak seperti ulama-ulama Mandahiling seumpama Syeikh Abd.Qadir bin Sobir , Syeikh bin Abd.Muttalib, Syeikh Yaakob bin Abd.Qadir , Syeikh Junaid Thola dan lain-lain lagi.Walaubagaimanapun ulama ini memainkan peranan yang besar dalamperkembangan dakwah di Nusantara . Dilahirkan di Tanah Mandahiling pada tahun 1880. Pendidikan awalnya diterima di Tanah Mandahiling , apabila dewasa beliau merantau ke Tanah Deli. Pendidikan Islam di Tanah Deli doterimanya dengan ulama-ulama Deli.Setelah lengkap mendalami pelajaran asas , beliau melanjuttkan pelajaran ke Mekah.DiMekah beliau berguru dan menghadiri halaqah ilmu yang diberikan oleh ulama Arab dan Jawi. Antaranya -  Syeikh Abu Bakar Syata , Syeikh Muhammad bin Sulaiman Al-Makki , Syeikh Ali Al-Maliki, Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Fatani , Syeikh Ahmad Al-Fatani , Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau ,Syeikh Abd.Qadir Mandahiling ,Syeikh Mukhtar Attarid Bogor dan lain-lain lagi. Di Madinah beliau menimba ilmu dengan Syeikh Muhammad Amin Riduan dan Syeikh Abdullah Al-Dagestani , seterusnya melanjutkan pelajaran ke Baitul Maqdis dan ke Mesir. Penulis dimaklumkan beliau telah belajarkepada lebih kurang 100 ulama dan mendapat banyak ijazah. Oleh itutidak dapat dinafikan kegigihan dan detinggian ilmu Islamnya. Beliau kembali ke Sumatra atau lebih tepatnya ke Tanah Deli. Ditanahair beliau mencurahkan ilmunya kepada orang yang datang belajar kepadanya. Beliau hidup hanya dari hasil kebun dan berladang. Beliau tidak suka disanjung . Beliau kerap di rujuk oleh Mufti Deli ketika itu iaitu Syeikh Hasan Maksum dalam hal-hal Islam. Beliau kembali kerahmatullah pada tahun 1950 dalam usia 70 tahun . Moga Allah merahmati roh Almarhum Syeikh Jaafar Hasan Al-Mandahili. Amiin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...