Langkau ke kandungan utama

TENGKU FAKHRUDDIN - KETUA MAJLIS SYARI'I KERAJAAN SERDANG.


Salah seorang murid kepada datuk penulis ,ini lahir pada tahun 1885 dari golongan bangsawan Serdang. Bapanya adalah Tengku Abd.Kadir. Pendidikan awal beliau adalah di Perbaugan dan di Tg.Balai. Apabila dewasa mengikut kakaknya tinggal di Langkat. Ini adalah kerana kakaknya itu berkahwin dengan Sultan Abdul Aziz Langkat . Ketika itulah beliau belajar dengan ulama-ulama Langkat .Beliau belajar dari kitab rendah hingga kitab yang tinggi. Kerana kealimannya dan kedalaman ilmu pengetahuannya , beliau telah dilantik oleh Sultan Serdang sebagi Ketua Majlis Syari'i Kerajaan Serdang pada tahun 1927 . Ketika menjawat jawatan tersebut, beliau  telah terbabit dalam beberapa isu yang besar seperti masallah golongan Qadiani dan masaalah Lafaz Usalli. Semua masaalah tersebut dapat diatasi dengan   kebijaksananya. Bakat beliau bukan saja sebagai ulama tetapi juga ahlipolitik dan pengarang. dalambidang politik beliau telah menggabungkan dirinya dalam partai Sarikat Islam untuk daerah Langkat dan Serdang. Dalam bidang kewartawanan pula ,beliau telah melibatkan diri menulis di akhbar Pewarta Deli dan majallah Seruan Kita. Walaupun beliau sibuk dengan berbagai aktiviti , sempat juga meninggalkan 2 buah karya berupa kitab agama. Qutul Muhtadi dan Fathul Jalil  ( ada pada simpanan penulis ) . Beliau telah dipanggil Tuhan Yang Maha Esa dalam usia 52 tahun iaitu 1937 . Salah satu keistimewaan pada diri beliau sebagai seorang ulama adalah mempelajari Hukum Islam hanya didaerah Sumatera Timur sahaja !.

Ulasan

  1. assalamu'alaikum wrwb.
    mohon maaf tuan, saya ahmad fauzi tinggal di medan. sudah lama saya mencari dua karya syaikh tengku fakhruddin, 1.qutul muhtadi dan 2.fathul jalil, bersamaan dengan 3 karya tuan syaikh muhammad nur langkat datuk tuan.saya sedang meneliti karya2 ulama tersebut.apakah bisa saya dapatkan 5 kitab tersebut. kalau boleh, bisa dikirim ke email saya (oji.mudo@gmail.com),atau ke alamat saya (ustadz.ahmad fauzi, +6281298487924,pesantren arraudhatul hasanah, jln.letjend jamin ginting km.11,paya bundung medan, sumatera utara, indonesia kodepos 20135).beserta berapa biaya semuanya tuan.saya sangat menghrapkan sekali kedermawanan tuan atas kitab2 tersebut.terima kasih.
    ahmad fauzi di Medan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...