Langkau ke kandungan utama

KOLEKSI PENULIS - JAWABAN SYEIKH AHMAD KHATIB MINANGKABAU ATAS 2 PERTANYAAN DATUK PENULIS PADA BELIAU.


Adalah manuskrip kepunyaan saya ini merupakan pertanyaan datuk penulis pada salah seorang gurunya di Mekah Al-Mukarammah iaitu Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Al-Minangkabauwi. Manuskrif ini tersimpan bersama-sama didalam kitab karangan datuk penulis ( Ilmu Tasawuf ). Dibawah ini saya salin semula manuskif tersebut untuk pengetahuan umum -

 - Adakah sah mendirikan masjid Jumaat diluar kota sebab mengambil tempat yang suci lagi bersih atau tidak  dan adakah sah mendirikan Jumaat dengan 12 orang atau tidak diharap balas ?

- Jawabnya tiadalah harus mendirikan Jumaat keluar kota kerana mengambil syarat sah mendirikan Jumaat bahawa adalah ia didalam rumah-rumah negeri daripada tiap-tiap tempat yang dibilangkan daripada negeri yang tiada sah mengqasarkansembahyang padanya. Adapun luar kota maka tiada dibilangkan daripada negeri dan sah mengqasarkan sembahyang padanya maka orang yang musafir akan safar qasar. Adapun mendirikan Jumaat 12 orang maka kata yang muktamad tiada sah mendirikan Jumaat dengan mereka itu dan atas kata Qadim harus mendirikan Jumaat dengan 12 orang dan dikuatkan ulama Mutaakhirin akan kata itu tetapi jika taklid akan Qaul itu maka harus didirikan Jumaat dengan mereka itu kerana memperbuat Jumaat lebih aula daripada meninggalkanya tetapi disunatkan bahawa diiringi dengan Zuhur . Wallahu Aklam.
Hamba yang fakir

Ahmad Khatib Imam Shafei di Mekah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...