Langkau ke kandungan utama

HAJJAH JAMILAH BINTI HAJI MUSA - IBUKU


Ibuku Hjh.Jamilah telah kembali kerahmatullah pada minggu lalu , tepatnya Khamis , 8 Januari 2015 bersamaan 17 Rabiulawal 1436 dirumahnya Jalan Gombak kerana sakit tua. Dilahirkan di Gombak dari pasangan keluarga Maimunnah binti Hj. Othman dengan Hj. Musa bin Yaacob sekitar tahun 1925 - 1927. memandangkan tiada tarikh yang tepat tahun kelahirannya. Ada beberapa tarikh yang diperkirakan - Di kad pengenalan tahun 1927 , pada catatan bapa saudaranya ( Ahmad Hj.Othman ) 1926 , manakala dari perkiraan keluarga 1925. Ketika mudanya , bonda tinggal bersama moyangnya ( Hjh Kamariyah binti Hj Zainal Abidin ) di Gombak. Ini adalah kerana ibunya meninggal dunia ketika beliau berumur 1 tahun setengah.Bersekolah di Sekolah Melayu Setapak. Antara ceritanyanya kepada penulis ketika bersekolah itu adalah Guru Pelawat yang garang iaitu Datuk Kontek Kamariah ( Guru Pelawat Wanita di Selangor ).. Beliau bersekolah di situ hanya 2 tahun sahaja. Setelah moyangnya meninggal dunia sebelum perang dunia ke 2 ( 1939 ) beliau tinggal pula bersama bapa saudaranya , Datuk Abu Bakar Hj.Othman ( Dato Syahbandar Sg.Ujong ) di Ampangan , Seremban hingga beliau bernikah dengan almarhum bapa saya. Berkahwin dengan bapa saya , Muhammad Kamil bin Hj. Mohd Noor yang masih dalam kalanggan keluarga beliau juga. Perkahwinan berlangsung di zaman penjajahan Jepun amatlah sukar , memandangkan perkahwinanitu dijalankan dan di uruskan oleh bapa saudaranya iaitu Dato Shahbandar kepayahan tersebut dapatlah diatasi. Majlis tersebut diadakan pada bulan September 1945 di Balai Dato Syahbandar. Rombongan pihak lelaki datang dengan menaiki keretapi dari K.Lumpur. Turut hadir ketika majlis perkahwinan tersebut adalah Dato Klana Maamor dan Pegawai2 Tentera Jepun. Hasil perkongsian hidup bersama allahyarham bapa saya dikurniakan 8 orang anak iaitu - Ismail , Helni , Khalida , Akmaliah , Abdul Rauf , Ihsan , Sofian dan Shahrir (penulis). Almarhumah bonda juga merupakan Ibu Soko Waris DiAir Sg. Ujong dari perut Tunggal. Kehilangannya amatlah dirasai oleh keluarga besar kami memandangkan almarhummah adalah ahli keluarga yang tertua yang tinggal. Bonda dikebumikan di Perkuburan Islam Jalan Ampang pada sebelah petangnya ( selesai jam 6.35 petang ) bersebelahan pusara suaminya tercinta. Ya Allah Rahmatilah Beliau dan tempatkanlah bersama-sama kekasihMu di Syurga ! Al Fatihah  .........





Ulasan

  1. Al-fatihah buat semua keturunan saya yg telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yg beriman. Aminnn..

    Khairul (Cicit Datok Empat Duamin)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...