Langkau ke kandungan utama

DATUK SERI UTAMA ABU BAKAR BIN HAJI OTHMAN - DATUK SHAHBANDAR SUNGAI UJONG KE 14.


Beliau adalah anak kepada Hj.Othman bin Abdullah ( Qadhi K.Lumpur 1) dan Fatimah Binti Pakeh Salad. Dilahirkan pada tahun 1911 di K.Lumpur. Pendidikan awalnya Sekolah Melayu Setapak , seterusnya ke Sekolah V.I  sehingga tahun 1924. Setelah mendapat pendidikan awalnya beliau pun berkerja di K.Lumpur , Trengganu dan Pattani sebagai Pegawai. Berkahwin dengan Datin Seri  Nyachik binti Dato Klana Maamor sebelum dilantik sebagai Datuk Shahbandar. Dilantik sebagai Dato Shahbandar ke 14 menggantikan Dato Bandar Abd.Kadir oleh Waris Diair 4 Perut  pada tahun Disember 1937. Beliau adalah dari Perut Tunggal. Dalam sejarah kemerdekaan negara dari penjajahan , beliau adalah salah seorang utusan Tanah Melayu untuk menproklamirkan kemerdekaan negara bersama Republik Indonesia ( buku - Sekitar Malaya Merdeka oleh Ibrahim Yaakob ) . Beliau juga adalah pengasas UMNO N.Sembilan . Beliau dikurniakan pingat oleh kerajaan N.Sembilan yang membawa gelaran Datuk Seri Utama . Beliau kembali keRahmatullah pada 24.12.1982 di Balai Datuk Shahbandar , Ampangan dan dikebumikan di Masjid Jamek Dato Klana Sendeng , Ampangan.  Al - Fatehah ....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...