Langkau ke kandungan utama

SYEIKH UMAR BASHEER AL-KHALIDI - SYEIKHUL ULAMA DAN PEMIMPIN RUJUKAN ORANG MELAYU P.PINANG.

Makam Syeikh Umar Basheer

Tinggal di Jalan Acheh , selepas itu berpindah ke Kg. Melayu atas jemputan Syed Hasan pengasas Masjid Air Hitam. Beliau juga merupakan Murshid bagi Tarekat Naqshabandiyah Al Khalidiyah di sekitar Pulau Pinang. Beliau adalah pemimpin yang menamatkan peperangan Kongsi Gelap di Pulau Pinag sekitar tahun 1867 . Peperangan kongsi gelap Melayu iaitu antara Bendera Merah dan Bendera Putih. Beliau meninggal dunia pada tahun 1881 dan dimakamkan di Kg. Melayu Air Hitam. Anaknya , Syeikh Zakaria mengganti tempat beliau sebagai Mufti dan Pemimpin orang Islam P.Pinang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

Moyangku - Haji Ismail ( Datuk Sutan Randah ) , Penghulu Pekan Binjai.

Makam Haji Ismail Haji Shahrir Bin Mohd Kamil Bin Haji Muhammad Noor Bin Haji Ismail , begitulah silsilah saya. Moyang saya ini Haji Ismail berasal dari Cangking , Minangkabau . Tinggal di pekan Binjai hingga akhir hayat beliau. Di makamkan di Gang Syekh Samah di pekan Binjai . Di Binjai beliau adalah Penghulu . Digelar orang dengan gelaran Datuk Sutan Randah . Berkahwin 3 kali perkahwinan . Isteri 1. - Siti Sa'diah , anak - Hj.Muhammad Noor . Isteri 2. - Sharifah binti Tok Ungku Syeikh Muhammad Yusuf , anak - 5 orang ,semua menetap di Binjai . Isteri 3. - Hajjah Zainab binti Tuk Ungku Syeikh Muhammad Yusuf . Anak - Muhammad Amin ,Siti Zubaidah , Hassan , Dr.Darwis , Dr.Mohamad Isa dan Siti Nuriyyah. Haji Ismail mninggal dunia pada jam 5.05minit petang hari Isnin 22 Ramadhan 1336 bersamaan 1 .1 .1918 . Al Fatihah .......