Langkau ke kandungan utama

SYEIKH SALLEH MASRI - ULAMA DAN PENGASAS PONDOK AL MASRIYAH , BUKIT MERTAJAM.


Nama penuhnya ialah Haji Salleh bin Baki , dilahirkan di Rasah , N.Sembilan pada tahun 1875. Ibunya berasal dari Tembusai, Sumatera dan masih dalam lingkungan keluarga Tuanku Tembusai ( Pahlawan yang melawan Belanda pada masa Perang Padri ). Diawal pendidikannyabeliau menuntut di kampung halamannya di Rasah dan sekitarnya. Setelah itu pada tahun 1895,  melanjutkan pelajaran ilmu keislamannya ke Langkat , Sumatera iaitu di Besilam pada Syeikh Abdul Wahab Rokan , ulama yang mashur ketika itu. Beliau menuntut di Besilam sehingga dianugerah gelaran Pakeh ( Faqih ). Setelah pulang dari Langkat , beliau meneruskan pelajaran di Seberang Prai selama 4 tahun dan seterusnya ke Mesir iaiatu Universiti Al - Azhar sehingga memperolehi ijazah Aliyah pada tahun 1905. Pada tahun 1906 ,beliau pulang ketanahair dan menubuhkan Madrasah Al-Masriyah, Bukit Mertajam. Pada 30 Mei 1971 , beliau kembali kerahmatullah di tanah suci Mekah Al Mukarramah sewaktu berusia 96 tahun.

Ulasan

  1. Salam,, saya tertarik dgn artikel tuan tentang Sheikh Mohamed Salleh al-Massri.. saya sedang menyusun salasilah keluarga yang besar,, tahun lepas saya ziarah rumah waris saya di sebelah utara,, apa yang saya dapat info dari mereka yang lebih arif tentang salasilah keluarga ini adalah Sheikh Mohamed Salleh al-Massry, Md Ali (keturunannya di Nibong Tebal-Parit Buntar) & Siti Hawa (keturunannya di Kelantan) adalah adik beradik. Siti Hawa adalah nenek kepada moyang saya dari Bukit Mertajam. Cuma boleh saya dapatkan maklumat lanjut info berkaitan ibu kepada Sheikh Mohamad Salleh yang dikatakan dari Tembusai,, adakah merujuk kepada Mariah bt Mohammed Ali? http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Islam_Al-Masriyah.

    Terima kasih. :)

    -Mohamad Habrul

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tiada maklumat tambahan tentang tokoh ini. Insyaallah jika ada maklumat tambahan akan saya maklumkan di blog saya ini. terima kasih

      Padam
  2. Assalam..saya adalah waris ke-4 (piut) Md Salleh Al-Masri iaitu jurai kpd adik beradik Md Salleh Al-Masri di N9.

    Mengikut catatan pd lembaran (carta) salasilah keluarga yg masih disimpan oleh jurai kami, atuk sebelah ibu atau sebelah bapa (xingat) Md Salleh Al-Masri adalah Temusai yg dtg dr seberang dimana makam nya berada di N9. Dan peninggalan barangan Temusai didalam jagaan jurai kami dgn baik.

    Saya masih belajar memahami salasilah ini drpd atuk dan nenek saya yg mana mereka pernah berjumpa dgn Md Salleh Al-Masri di N9 beserta gambar. Saya mula mencari salasilah ini apabila Almarhum Guru saya (Tn Hj Ishak Itam) di Kubang Semang pernah berguru dgn Md Salleh Al-Masri ini.

    Boleh hubungi saya utk maklumat lanjut.
    0111-866 6420
    Zaim

    BalasPadam
  3. Assalam..saya adalah waris ke-4 (piut) Md Salleh Al-Masri iaitu jurai kpd adik beradik Md Salleh Al-Masri di N9.

    Mengikut catatan pd lembaran (carta) salasilah keluarga yg masih disimpan oleh jurai kami, atuk sebelah ibu atau sebelah bapa (xingat) Md Salleh Al-Masri adalah Temusai yg dtg dr seberang dimana makam nya berada di N9. Dan peninggalan barangan Temusai didalam jagaan jurai kami dgn baik.

    Saya masih belajar memahami salasilah ini drpd atuk dan nenek saya yg mana mereka pernah berjumpa dgn Md Salleh Al-Masri di N9 beserta gambar. Saya mula mencari salasilah ini apabila Almarhum Guru saya (Tn Hj Ishak Itam) di Kubang Semang pernah berguru dgn Md Salleh Al-Masri ini.

    Boleh hubungi saya utk maklumat lanjut.
    0111-866 6420
    Zaim

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas maklumat yang diberikan. saya pun tidak mempunyai banyak maklumat tentang Syeikh Salleh. Menurut guru saya, Hj Samsudin yang pernah belajar dengan beliau, Syeikh Salleh merupakan seorang yang alim pada zaman tersebut. Insyaallah jika saya mempunyai maklumat tambahan akan saya hubungi tuan. Sekian, terima kasih

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. As salam, mohon bertanya, ada sesiapa mempunyai info berkenaan Tuan Guru Fakih Daim yang mengasaskan pondok Sungai Deraka, Seberang Perai Tengah. Dikatakan Tuan Haji Salleh Masri dan Tuan Guru Fakih Daim turut menuntut ilmu dengan Syeikh Haji Mohd Yatim. Mohon hubungi saya di emai: srthemad@gmail.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!