Langkau ke kandungan utama

SYEIKH MUHAMMAD NUR BIN ABDUL KARIM - MUFTI KERAJAAN LANGKAT.

Masjid Azizi, Langkat

Dikenali juga dengan nama Syeikh M.Nur Abdul Karim Lubuk Garing. Namanya sama dengan nama datuk penulis ( Haji Muhammad Nur Ismail - Kadhi Kerajaan Langkat ). Juga dimasa yang sama. ( 1930 an). Berasal dari Minangkabau. Tiada maklumat mengenai pengajian awal beliau. Beliau menuntut ilmu di Mekah sekitar 10 hingga 15 tahun. Di mekah , beliau berguru dengan ramai ulama melayu dan arab. Diantaranya , Syeikh Ahmad Al Fatani, Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Nik Mat Kecil Al Fatani , Syaikh Ahmad Khatib Minangkabau , Syeikh Usman Serawak , Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah Al Makki , Syeikh Hasan Yamani dan ramai lagi ulama yang mashur ditanah suci.Setelah selesai pengajian di sana , beliau kembali ke tanah air. Sultan Langkat ketika itu ( Sultan Mahmud Syah ) berkenaan melantik beliau sebagai Mufti Kerajaan Langkat kerana kealimanya dalam ilmu agama. Beliau menjadi benteng yang kukuh dari kemasukan faham-faham asing dalam beragama di Langkat ( Kaum Muda ). Beliau kembali ke rahmatullah di Langkat dan dikebumikan di pemakaman Masjid Azizi berhampiran dengan makamnya Tuk Ungku Syeikh Muhamad Yusuf  Langkat.

Ulasan

  1. Assalamu'alaikum...
    Tuan....sya Agus Niamin asal langkat sumatra utara. Sya skarg tinggal di selangor. Makam allahu yarham Tuan Guru Syekh Nur Langkat di ampang selangor, tepatnya klu boleh tahu di mnaya Tuan?.
    Terima kasih...

    Wassalamu’alaikum

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.