Langkau ke kandungan utama

TOK KELABA AL-FATANI - PENYALIN MANUSKRIP DAN ULAMA MELAYU.

Kitab dan gambar cucu Tok Kelaba

Begitulah gelaran yang diberikan oleh guru penulis yang juga ahli sejarah tentang ulama Melayu iaitu Al marhum Syaikh Wan Shaghir Al Riauwi Al Fathani terhadap tokoh ini. Nama lengkap beliau iaitu Haji Muhammad bin Hussein Al Fatani. Beliau menyalin bukan hanya karya ulama dari Fatani saja bahkanseluruh karya ulama dari Nusantara. Lahir pada tahun 1861 dan meninggal dunia pada tahun 1947 dalam usia 86 tahun. Ketika muda , beliau menuntut ilmu Islam di Fatani kepada ulama-ulama disana. Terutamanya kepada eorang ulama yang mashur ketika itu iaitu Syeikh Abd. Qadir bin Mustafa Al Fatani. Seterusnya ke Mekah , di sana antara guru-gurunya ialah Syeikh Ahmad Al Fatani , Syeikh Nik Mat Kecil Al- Fatani , Syeikh Wan Ali Kutan, Syeikh Muhammad Bin Sulaiman Hasbullah Al Makki dan seluruh ulama yang mengajar di Mekah Al Mukarramah. Walaupun Tok Kelaba banyak menyalin karya ulama Melayu , beliau juga banyak mengarang kitab. Antara kitab karangan beliau yang terkenal dan terbesar ialah Hadaiqul Salawat Fil Khalawat Wal Jalawat. Manuskrip yang telah disalin oleh beliau , boleh kita lihat di Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia, sama-samalah kita terokai khazanahyang ditinggalkan oleh tokoh yang hebat ini !

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...