Langkau ke kandungan utama

SYEIKH JUNID TOLA - ULAMA PEJUANG KEMERDEKAAN.

Syeikh Junid Tola bersama keluarganya

Lahir di Tanah Mandahiling pada tahun 1897 . Pendidikan awalnya di Tanah Melayu ialah di Pondok Gajah Mati setelah itu ke Madrasah Masriyah, Bukit Mertajam. Setelah selesai di Tanah Melayu , beliau ke Mekah. Di Mekah , beliau menuntut ilmu dengan Syeikh Abd. Qadir bin Sobir Al-Mandili dan Pak Dail Al-Fathani.Kerana  minatnya yang mendalam untuk menuntut ilmu agama , beliau ke Mesir pula iaitu di Al-Azhar. Setelah selesai pelajaran di Mesir beliau kembali ke tanahair . Di Sumatera beliau terlibat dengan penentangan terhadap penjajahan Belanda.Kerana penentangannya yang kuat, pihak Belanda hendak menangkap beliau , lantas beliau berhijrah ke Perak. Di Perak beliau menetap di Padang Rengas . Oleh kerana kealimannya beliau telah dilantik sebagai anggota Majlis Ulama Negeri Perak oleh Almarhum Sultan Alang Iskandar Shah , Sultan Perak ketika itu. Kealimannya diakui oleh Syaikh Al-Islam Mesir dan ulama2 semasanya seperti Syeikh Idris Al-Marbawi. Diakhir hayatnya beliau kerap berulang alik dari Perak ke kampungnya di Mandailing. Beliau kembali ke rahmatullah pad 30 Mac 1948 di Tanah Mandailing. Al- Fatehah....

Ulasan

  1. alhamdulillah saya dapat melihat atok saya ( ahmadfadzilullah ) bersama moyang saya

    BalasPadam

Catat Ulasan