Langkau ke kandungan utama

KUALA PILAH - TEMPAT KELAHIRANKU ...


Bandar ini terletak dalam Negeri Sembilan . Orang Melayu Negeri sembilan panggil ' PILAH' aje. Hamba dilahirkan betul2  di pekan KualaPilah pada pertengahan tahun 60an. Waktu itu almarhum bapa hamba berkerja sebagai pegawai Jabatan Kebajikan Masharakat di K.Pilah ( di Jalan Lister ). Rumah dimana hamba dilahirkan itu masih adalagi. Sekarang ini lokasinya adalah di depan Pejabat Tabung Haji dan dibawah jalan ke Hospital K.Pilah. Hamba tinggal di sana sehingga tahun 1974. Hamba bersekolah di Sekolah Tuanku Munawir . Tempat2 yang menjadi kenanggan hamba - kedai menjual ais krim berhampiran panggung wayang , kedai gunting rambut juga bersebelahan panggung wayang , bazzar Melayu , masjid K.Pilah , surau lama berhampiran masjid , padang berhampiran masjid ( dipadang ini kerap menonton wayang besar yang dibawa oleh van Jabatan Penerangan ). Kali terakhir hamba ke sana ialah pada tahun 2007. Banyak kenang2an indah buat hamba di K.Pilah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!