Langkau ke kandungan utama

TENGKU MAHMUD ZUHDI AL-FATHANI - SYEIKHUL ISLAM SELANGOR.


Tokoh ini merupakan Sheikhul Islam Selangor ketika pemerintahan Sultan Alaidin Sulaiman Shah. Ulama besar ini pernah mengajar di Masjidil Haram pertengahan kurun ke20 dan juga pernah mengajar di Madrasah Saulatiyah yang mashor di Tanah Suci. Beliau juga sahabat seperguruan dengan nenda hamba ( Haji Muhammad Nur Ismail - Kadhi Kerajaan Langkat ) ketika menuntut ilmu agama di Mekah di akhir kurun ke 19. Beliau lahir di Bangkok , Siam pada tahun 1879 M. keluarga beliau berasal dari Fathani . Ketika di Mekah beliau menjadi anak angkatnya Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fathani. Setelah wafatnya Syaikh Ahmad Al-Fathani , beliau turun ke Jawi dan terus menetap di Jambi, Sumatera. Pada tahun 1929 berhijrah ke Selangor atas permintaan Sultan Sulaiman Shah Selangor dan dilantik memegang jawatan Shaikhul Islam Selangor . Beliau bersara dari jawatan itu pada tahun 1952 dan terus menetap di Mekah sehingga kembali keRahmatullah pada 10 Oktober 1956 dan dikebumikan di Ma'la. Ketokohannya sebagai ulama besar Melayu di zamanya diakui oleh ramai ulama Melayu seperti Tok Kenali , Sheikh Abdul Rahman Siddiq (Mufti Indragiri) , Syaikh Abd Qadir bin Sobir Al-Mandahili , Syaikh Mukhtar Attarid Bogor , Pak Dail Al-Fathani dan lain2 .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!