Langkau ke kandungan utama

SUTAN JENAIN - PENCETUS DAN PERANCANG PENENTANGGAN KOLONIALISME DI MALAYA.


Asal dari Minangkabau , padaakhir kurun ke 19. Bergerak aktif melawan kolonial Belanda ditanah airnya . bergerak aktif dalam Sarekat Postal & Keretapi di Bandung. Pernah berhijrah ke Malaya pada tahun 1910 , tetaoi tidaklah lama kerana selepas itu beliau kembali ke Minangkabau. Di Minangkabau beliau aktif bersama-sama pejuang rakyat yang lain seperti Datuk Batuah , Jamaluddin Tamin , Tan Malaka. Beliau tiba di Malaya sekali lagi setelah berlakunya Pemberontakan Rakyat di Silungkang pada tahun 1926. Di Malaya , beliau mula menjalankan kerja ,menanamkan bibit penentangan kepada penjajahan British melalui pengkaderan pemuda-pemuda Melayu. Beliaulah bertanggunjawab dibelakang layar mengumpulkan pemuda- pemuda Melayu menubuhkan KMM ( partai Melayu pertama di tanahair ).Selepas perang dunia kedua , beliau turut bertanggunjawab menubuhkan PKMM , yang tujuannya menuntut kemerdekaan dari British. Ketika Darurat diistiharkan oleh British , beliau kembali ke Indonesia dan menetap di Jakarta bersama-sama anak didiknya iaitu Ibrahim Yaacob. Di Jakarta, beliau mengharungi waktu tuanya. sehinggalah beliau menghembuskan umurnya . Seorang Patriot Melayu yang sejati . Melayu Raya !

Ulasan

  1. Sutan Jenain ada di kampung bharu pada masa selepas perang jepun.. Beliau adalah antara orang penting dalam penubuhan PKMM sebelum diharamkan Inggeris pada tahun 1948.

    BalasPadam
  2. Boleh baca Malay nationalism Before UMNO oleh Insun Mustapha keluaran Utusan Melayu tahun 2005. Hubungan Mustapha Hussain dengan Sutan Jenain di Kg Bharu pada masa itu.

    BalasPadam
  3. Boleh baca Malay nationalism Before UMNO oleh Insun Mustapha keluaran Utusan Melayu tahun 2005. Hubungan Mustapha Hussain dengan Sutan Jenain di Kg Bharu pada masa itu.

    BalasPadam
  4. Sutan Jenain ada di kampung bharu pada masa selepas perang jepun.. Beliau adalah antara orang penting dalam penubuhan PKMM sebelum diharamkan Inggeris pada tahun 1948.

    BalasPadam

Catat Ulasan