Sempena Hol ayahanda ke 38 , disini saya coretkan serba sedikit berkenaan masa-masa akhir usia ayahanda. Mula ayahanda merasa amat sakit yang membawa kepada kematiannya adalah pada malam 2 Feb.76 . Pada pagi keesokannya jam 4 pagi beliau memanggil anak-anaknya yang tinggal bersamanya dan memberi beberapa nasihat . Pada subuh hari, setelah menunaikan solat subuh , sakitnya bertambah berat. Lalu ibu bersama anakandanya membawa ke Hospital K.Lumpur.Sekitar jam 9.15 pagi beliau menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 62 tahun lebih. Pada petang hari yang sama , jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Ampang berhampiran kubur ayahanda dan bondanya. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosanya ketika berada di dunia ini dan tempatkannya bersama-sama para solihin dan kekasihMu !. Amiin Ya Rabbal Alamiin .
Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !
Ulasan
Catat Ulasan