Hidup sezaman dengan Syeikh Arshad Banjar. Berbeza dengan Syeikh Arshad, beliau lebih dikenali dalam bidang Tasawuf. Didalam kitab karangannya yang mashur iaitu Durrun Nafis beliau memperkenalkan dirinya sebagai pengikut mazhab Shafei, berhaluan Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengikut Imam Abu Hassan Al- Ashaari, bertarikat Qadiriyah, Syatariyah, Naqshabandiyah, Khalwatiyah dan Samaniyah. Antara guru-gurunya ialah Syeikh Abdullah Syarqawi, Syeikh Muhammad Saman Al-Madani, Syeikh Abd.Rahman AiMaghribi, Syeikh Muhammad Al-Jauhari. Ketokohannya dalam bidang ilmu-ilmu batin telah diakui oleh guru-gurunya dant telah mencapai sebagai' Syeikh Murshid'. Kitab terbesarnya 'Ad durrun Nafis ' adalah kitab tasawuf peringkat tinggi. Dahulu kitab ini banyak diajar di surau2 dan tempat pengajian.tapi sejak akhir2 ini semangkin berkurangan. Moga catatan ini menambah seba sedikit informasi tentang tokoh ini. Wallah Hu Aklam.
Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !
Ulasan
Catat Ulasan