Langkau ke kandungan utama

SYEIKH ABDUL QADIR BIN SOBIR AL-MANDILI - ULAMA BESAR MANDAHILING YANG MENGAJAR DI MASJIDIL HARAM DI AWAL KURUN KE 20.

Yand berada di tengah - Syekih Abdul Qadir bin Sobir Al-Mandili

Ulama besar Mandahiling ini lahir di Panyabungan, Tanah Mandahiling. Ketika kecil menuntut ilmu agama di Tanah Mandahiling pada ulama-ulama disitu. Ketika umurnya meningkat 10 tahun beliau berhijrah menuntut ilmu di Tanah suci Mekah. Di Mekah beliau menetap dan belajar ilmu-ilmu agama hingga menjadi Ulama besar serta diberi hak mengajar ilmu agama di Halaqah Masjidil Haram. Antara guru-gurunya di Mekah ialah Syeikh Bakri Syata, Syeikh Abd Karim Maghribi, Syeikh Sulaiman bin Hasbullah Al-Makki, Syeikh Nik Mat Kecil Al-Fathani, Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau dan lain-lain lagi ulama terkemuka di akhir abad ke 19. Manakala murid-muridnya seperti Syeikh Soleh Al-Kelantani, Syeikh Mustapha bin Hussein Purba Baru Al-Mandili, Syeikh Junid Thola Al-Mandili, Syeikh Usman bin Jalaluddin Al-Kelantani dan ramai lagi penuntut dari Tanah Jawi yang berguru pada beliau. Ulama besar Mandahiling ini kembali kerahmatullah pada tahun 1352 Hijrah di Mekah dan dikebumikan di perkuburaan Ma'la.

Ulasan

  1. Abang saya mau tanya, dapat foto syekh Abdul qodir mandili dari mana?

    BalasPadam
  2. Abang saya mau tanya, dapat foto syekh Abdul qodir mandili dari mana?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!