Langkau ke kandungan utama

DATUK HAJI MUHAMMAD SIDIN - TOKOH BUDAYA DAN PENGARANG MELAYU.


Dilahirkan di Kampung Changkat , Gombak pada tahun 1895. Pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Gombak dan seterusnya di Maktab Melayu Melaka .Setelah itu menjadi Guru Pelawat di daerah Kelang dan Nazir sekolah-sekolah Melayu.Beliau bersama-sama rakan beliau seperti Muhammad Dato Muda , Hj. Mohd Shah Yusof, Hj.Mohd Yusof Ahmad , Abd Rahim Hj Othman  dan Baba Jaudin merupakan pengasas Majalah Guru .Beliau juga melibatkan diri dalam bidang kesasteraan dan intelekualisme Melayu . Hasil tulisan beliau juga boleh didapati di akhbar Saudara , Majlis , Lembaga Melayu dan Utusan Melayu. beliau juga banyak menghasilkan karya-karya seperti Kitab ABC , Asal Usul Alam Melayu , Budaya Melayu dan Adat Usul Adat Resam Melayu. Kebolehan beliau mengarang diakui oleh pegawai-pegawai British ketika itu dan orang-orang Melayu . Tokoh yang banyak berjasa ini meninggal dunia pada tahun 1978.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!