Langkau ke kandungan utama

T.AMIR HAMZAH - PENYAIR TERBILANG MELAYU DARI LANGKAT

Amir Hamzah (1911-1946)

Beliau merupakan salah seorang anak murid kepada datuk saya ( H.Muahmmad Nur Ismail, Kadhi Langkat
di Binjai ) ketika menuntut ilmu agama di Langkat ketika mudanya. Dilahirkan di Langkat dari keluaga diraja
Langkat pada 28 Febuari 1911. Menuntut ilmu di Langkat seterusnya di Jawa . Beliau melibatkan diri bersama2 angkatan Pujangga Baru dalam bidang penulisan. H.B Yassin menggelarnya Raja Penyair Pujangga Baru. Jasanya amat besar dalam perkembangan seni sastra Melayu. Oleh kerana beliau merupakan menantu kepada Sultan Langkat, maka beliau digelar Pangeran Indra Putra. Beliau meninggal dunia dibunuh oleh barisan pemberontak di Kwala Begumit, Langkat pada masa revolusi sosial di Langkat pada 20 Mac 1946 dan dimakamkan di perkaranggan Masjid Azizi, Tg.Pura berhampiran dengan makam orang tuanya serta Sultan2 Langkat. Di batu nesannya tercatat sajak/syairnya -
       Biarlah daku tinggal disini,
       Sentosa diriku di sungai sepi,
       Tiada berharap tiada meminta,
       Jauh dunia disisi dewa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...