Langkau ke kandungan utama

SYEIKH YASIN PADANG - ULAMA MELAYU TERBESAR DALAM PENGAJIAN ILMU HADIS

Syeikh Yasin Padang

Nama penuh beliau adalah Muhammad Yasin bin Muhammad Isa bin Udik Alfadani Almakki Alsyafei.
Keluarga beliau berasal dari Minangkabau ( Padang ). Dilahirkan di Al-Masfalah , Mekah ( sama seperti Syeikh Idris Marbawi ) pada tahun 1335 / 1916. pendidikan awalnya adalah di Mekah bersama bapanya Syeikh Muhammad Isa. Setelah itu melanjutkan pengajian di Madrasah Alsaulatiyah ( 1346 H ) dan halaqah Masjidil Haram . Setelah itu menubuhkan Madrasah Darul Ulum , sekaligus sebagai murid pertama madarasah tersebut . Antara nama2 guru beliau ialah Syeikh Umar Hamdan , Syeikh Umar Ba-junaid , Syeikh Ali Maliki , Syeikh Hasan Al-Masysyat , Syeikh Amin Kutubi , Syeikh Ibrahim Al-Fatoni , Syeikh Abdullah Alghumari , Syeikh Abd Hayy Alkattani , Syeikh Ibrahim Al-Samaluthi dan lain2. dikatakan beliau pernah berguru kepada 700 ulama. Ini memang satu jumlah yang sukar ditandingi. Ketokohan beliau  
yang begitu menonjol adalah dalam ilmu hadis. Ketokohanya tidak ada bandingannya di kalangan ulama Mutaakhirin dunia Islam. maka tidak hairanlah ulama dunia Islam menggelarnya ' Musnid Dunia / Musnid Al-Asr ) .beliau menghasilkan berpuluh-puluh karangan dalam berbagai2 bidang.
Ulama besar ini meninggal dunia pada pagi Jumaat 28 Zulhijjah 1410 / 21 Julai 1990, dimakamkan di perkuburan Ma'la , Mekah. Al- Fatihah....


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

AL AURAD QUSHASHIYYAH - WIRID SELEPAS SOLAT YANG DIAMALKAN DI ALAM MELAYU SEJAK DULU LAGI.

Ramai orang Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara amnya tidak berapa kenal atau tahu bahawa amalan wirid selepas solat yang diamalkannya merupakan susunan dari Al Arif Billah Syeikh Ahmad Al-Qushashi , ulama besar diTanah Suci di kurun 17. Amalan wirid telah dikumpulkan oleh beliau ,setelah melihat pada amalan-amalan ahli Madinah yang menjadikan wirid tersebut amalan yang telah berjalan sejak zaman Rasul s.a.w lagi. Wirid-wirid ini telah dicatat dalam kitab-kitab Jawi seperti kitab Hidayat As Salikin , Bada i zuhur dan banyak lagi kitab-kitab karangan ulama Jawi yang terkenal. Silsilah wirid ini dari pengarangnya adalah seperti berikut - Amalan Ahli Madinah --- Syeikh Al-Qushashi ---Syeikh Ibrahim Al-Kurani --- Syeikh Abdul Rauf Al-Fansuri --- ulama-ulama alam Melayu. Moga rencana ringkas ini dapat menambah rasa girang/suka , kita semua untuk beramal denganya.!