Langkau ke kandungan utama

SUTAN PUASA - PENGASAS DAN PENEROKA AWAL KUALA LUMPUR

Makam Sutan Puasa di Perkuburan Islam Jalan Ampang

Sutan Puasa @ Sutan Naposa Bin Raja Ira Koling Bin Sutan Naga Marunding Bin Namora Sende Tua Lubis. Begitulah yang tercatat pada terombo keluarga beliau. Berasal dari Tobang, Kota Nopan, Mandailing.
Tarikh lahir diperkirakan sekitar tahun 1810. beliau sebaya dengan rakan karibnya iaitu Raja Asal, pemimpin Mandailing di Tanah Melayu ketika itu. beliau merantau ke 'Kolang' pada tahun 1830. Ketika itu kampung halamannya sedang berlaku Perang Padri. sebagai pemuda yang gagah beliau merantau ke Tanah Melayu melalui Siak, menyeberang Selat malaka dan sampai ke Melaka. Dari Melaka beliau ke Sungai Ujong bersama2 pengikutnya yang terdiri dari orang Mandailing, Rawa, Kerinci dan Minangkabau di Sungai Ujong meredah hutan tebal dan sampai ke Lembah Sungai Kelang atau Sungai Lumpur sekitar tahun 1837.
Lembah Sungai Kelang ialah di pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Kelang. Ketika itu kawasan tersebut tiada berpenghuni ,hutan tebal dan binatang buas berkeliaran disitu. Apabila Sutan Puasa tiba dilembah itu , beliau pun mendirikan penempatan pertama ditebing pertemuan Sungai Kelang dan sungai Gombak.
Pembuktian ini diakui sendiri oleh Haji Abdullah Hukum dalam akhbar Warta Ahad - 5 Mei 1935.
Sutan Puasa juga membuka penempatan disekitar Lembah Sungai Kelang seperti Ampang Street, pinggir Sg. Bunus, Setapak dan sekitar Sg.Batu.
Setelah 'Peang Selangor' berakhir pada tahun 1873, beliau pun menetap kembali dirumahnya di Batu Road sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1908. Dikebumikan di Perkuburan Ampang berhmpiran kubur moyang saya ( Hj.Osman bin Abdullah ) yang juga rakan beliau.
Harimau mati meninggalkan belang,
Gajah mati meninggalkan gading,
Manusia mati meninggalkan nama.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

HAJI ABDUL MAJID BIN ZAINUDDIN - GURU , PENGARANG DAN PENTADBIR MELAYU DIZAMAN KOLONIAL BRITISH.

HAJI ABDUL MAJID - TENGAH Dilahirkan di K.Lumpur pada tahun 1887 dari keluarga asal Bonjol , Minangkabau. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Pudu ( 1894 ), V.I ( 1895 ) seterusnya ke Maktab Melayu K.Kangsar. Di Maktab Melayu K.Kangsar , beliau merupakan penuntut awal penubuhannya. Karier awalnya sebagai guru besar di Maktab Perguruan Matang seterusnya sebagai Guru Pelawat Melayu di seluruh Perak. Juga pernah bertugas sebagai Guru di Maktab Melayu K.Kangsar. Diluar negeri beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Haji ( Konsul ) di Jeddah  dari tahun 1924 - 1935. Beliau banyak meninggalkan karangan buku/kitab antaranya - Rahsia Mengajar ( 1914 ) , Anak Kunci Pengetahuan ( 1913 ) , Ilmu Tanam - Menanam ( 1924 ), A Peculiar Custom in K.Kangsar ( 1925 ) ,  A Malay's Pilgrimage to Mecca ( 1926 ) , Random Notes on Current Malay Beliefs ( 1927 ).Some Malay Superstitions ( 1928 ) , The Malays in Malaya,by one of them , The Malayan Kaleidoscope ( 1935 ) . Beliau merupakan tokoh Me...