Langkau ke kandungan utama

TULISAN AYAHANDA MUHAMMAD KAMIL DALAM AKHBAR MAJLIS - DALAM RANGKA SETAHUN KEMERDEKAAN REPUBLIK INDONESIA MERDEKA-

Akhbar Majlis
Sempena ulangtahun Kemerdekaan Republik Indonesia ke 68 tahun , saya akan siarkan kembali tulisan Allahyarham ayahanda saya ( muhammad kamil ) selaku sebagai Pengurus Besar Pembantu Indonesia Merdeka di akhbar Majlis pada 17.8.1946. Moga pengorbanan/perjuangan allahyarham dalam kemerdekaan Republik Indonesia akan menjadi kenangan buat anak cucu dan umat Melayu.
                                          MAJLIS
( Keluaran Istimewa Genap Setahun Wujudnya Negara Republik Indonesia Merdeka )

Indonesia dengan kekerasan serta dengan serba-serbi alat senjata baru seperti berdosa menjadi korban bom2 yang dijatuhkan Belanda dari kapalterbang dengan cara pengecut. Rakyat sentiasa menentang Belanda dengan sehebat2nya. Diseluruh medan pertempuran Belanda dipatah-patahkan dan tidak diberi masuk oleh perajurit2 Indonesia. Belanda dewasa ini menghadapi pemuda-pemudi giat dari desa2dan belum lagi berhadapandengan tentara Republik yang teratur.
Pandangan dunia luar terhadap Negara Republik Indonesia semakin banyak. Apalagi dengan sokongan semangat dari rakyat India, Australia, Russia, negara2 Arab dan negara2 yang sukakan keadilan.
Pemerintahan Negara Republik Indonesia sudah berdiri dengan cukup dengan syarat2 sebagai satu Negara yang teratur dalam pandangan semua bangsa.
Syarat2 yang mustahak untuk setiap bangsa negara ialah ;
1. Mempunyai penduduk dan rakyat.
2. Sebuah daerah yang tertentu iaitu daerah Republik Indonesia atau pulau2 yang diperintah oleh Hindia
    Timur Belanda yang tidak berkuasa lagi
3. Sebuah perkumpulan yang mempersatukan rakyat yang disebut pemerintahan. Pemerintahan yang
    dimaksudkan ialah Negara Republik Indonesia dengan Dewan Perwakilan Rakyatnya, tentara Republik
    Indonesia dan polisinya serta Mahkamah Keadilannya.
Pendeknya syarat2 yang mutlak untuk sebuah pemerintahan.
Satu tahun Indonesia telah merdeka, setahun akan menjadi 10 tahun bahkan ribuan tahun.
Sekali Merdeka Tetep Merdeka.

Muhammad Kamil
Pemgurus Besar
Pembantu Indonesia Merdeka ( PIM )

Ulasan

  1. assalammualaikum dan salam sejahtera.
    dari entri ini, macam mana nak dapatkan sumber primer berkaitan akhbar majlis ini ye? saya perlukannya bagi penyelidikan berkaitan tulisan jawi.
    mohon pencerahan dan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila dapatkan akhbar tersebut di Arkib Negara,Perpustakaan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih

      Padam

Catat Ulasan