Langkau ke kandungan utama

Syeikh Muhammad Saleh bin Mohd Taib Minangkabau - Syeikhul Islam Perak Darul Ridzuan

Syeikhul Islam (berselendang) bersebelahan Hj Usman Abdullah (Kadi Kuala Lumpur 1)
 di Kuala Lumpur pada awal kurun ke 20.

Dilahirkan di Kampung Tungkar, Tanah Datar, Minangkabau. Muridnya Muhammad Saleh Mandahiling menyebut tahun lahirnya 1266 Hijrah. Tapi tarikh tersebut di pertikaikan oleh pengkaji. Wafat pada tahun 17 Zulkaedah 1351 Hijrah /12 Mac 1933 masihi di Kuala Lumpur dan dimakamkan bersebelahan moyang saya , Hj Usman bin Abdullah (Kadi Kuala Lumpur yang pertama di Perkuburan Islam , Ampang. Beliau bersaudara dengan moyang saya , itulah sebabnya makamnya berhampiran dengannya. Diberitahu kematian beliau adalah disebabkan terbabit dengan kemalangan kereta di kawasan Kuala Selangor. Sebelum dilantik sebagai Syeikhul Islam di Perak, beliau pernah memegang jawatan Hakim di Kerajaan Riau-Lingga atas kehendak Yam Tuan Muda , Raja Muhammad Yusuf Al-Ahmadi. Setelah itu berpindah ke Perak ketika pemerintahan Sultan Idris Al Mursyidul Azam Shah. Beliau secara rasmi dilantik sebagai Syeikhul Islam di Perak pada tahun 6 Jamadil akhir 1343 /1 Januari 1925, ketika pemerintahan Sultan Iskandar Kadasallah Syah. Begitulah riwayat beliau ini yang bertalian kerabat dengan moyang saya, Hj Usman (Kadi Kuala Lumpur) juga dengan Tok Ungku Syeikh Yusuf Langkat 

Ulasan

  1. Salam tuan. Boleh bg 1 copy foto klasik ni yg jelas?

    BalasPadam
  2. As-salam,

    Saya ingin merujuk dan mengenal pasti tekait tajuk artikel di atas "Syeikh Muhammad Saleh bin Mohd Taib Minangkabau - Syeikhul Islam Perak Darul Ridzuan", ada kah ulamak yg maksud juga di kenali sebagai Syeikh Muhammad Salleh bin Abdullah Minankabawi iaitu musanif kitab Kasyful Asrar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan....kitab2 dia byk terdpt Di masjid kg baru, kl....Kami sebagai anak Dan cucu hanya Ada simpanan riwayat hidup dia...

      Padam
  3. Salam tuan. Mengikut cerita ayah dan pakcik2 sy. Beliau juga adalah keturunan kami. Sekarang sy cuba nak cari maklumat tentang anak2 menantu beliau untuk cari kebenaran. Tuan ada tak maklumat anak2 menantu beliau?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA - NAMA BATU PERMATA DALAM KITAB - KITAB MELAYU.

1. Batu Permata Yaqut - permata delima yang amat keras lagi berat. Warna merah . 2.Batu Permata Zamrud .3. Batu Permata Fairuz - batu hijau bercampur biru. 4. Batu AkiQ Yaman - warna hitam . 5. Batu Megnatis - jenis batu-batu berani. 6. Batu Dahsij - batu hijau ,pecahan dari tembaga . 7. Permata Lazaurat - batu biru. 8. Hajar Bahar - batu laut . 9. Hajar Qabis - batu yang boleh didapati di Mesir. 10. Hajar AlJazi - batu keras .11. Hajar Dajajah - batu ayam. 12. Hajar Hayah - batu ular, batu yang terdapat dikepala ular. 13. Tutiya - batu kuning ,boleh didapati dilaut Hindi.14. Tawas . 15. Hajar Al-khotof - batu burung layang2. 16.Marjan - batu yang tumbuh dalam laut seperti pohon kayu. 17. As-mid batu celak. 18. Hajar musk - batu yang sangat keras lagi sangat mahal.

ASAL USUL NAMA ' KUALA LUMPUR '

Semua orang tahu ' Kuala ' bermaksud penyudah aliran hilir sungai manakala ' Lumpur ' pula bermaksud tanah yang bercampur dengan air. Nama Kuala Lumpur telah diketahui orang sejak pertengahan kurun ke 19 lagi. Ketika peneroka-peneroka awal yang mendulang bijih di sepanjang sungai di pertemuan Sg Kelang dan Sg Gombak. Tentu sekali nama 'Kuala Lumpur' itu telah dinamakan oleh peneroka awal yang terdiri dari suku Mandailing , Rawa, Batu Bara , Kerinci dan Minangkabau. Ketua bagi peneroka2 ini adalah Sutan Puasa. Digelar juga beliau sebagai Dato Dagang 1. Peneroka2 ini melabuhkan perahu2 mereka di persimpangan Sg Kelang dan Sg Gombak dan mendirikan pengkalan disitu. keadaan di Pengkalaan itu terlalu berlumpur. Lalu mereka menamakan sekitar kawasan itu ' Kuala Lumpur '. Moga jasa2 mereka ini dikenang oleh kerajaan dengan mendirikan Tugu dilokasi yang dinyatakan diatas ini !

KITAB HIDAYAH AS-SALIKIN - KITAB TASAWUF PALING TERKENAL DAN POPULAR DI DUNIA MELAYU.

Judul lengkap ialah Hidayah As-salikin fi suluki maslak al-muttaqin. Kitab ini selesai dikarang di Mekah pada hari Selasa 5 Muharram 1192 H / 1778 M. Dikarang oleh Al-Arif Billah Syeikh Abdul Samad Al-Falembani. Sebenarnya kitab ini merupakan terjemahan dari kitab Bidayat As-Salikin karya Hujjatul Islam Al-Ghazali. Kitab ini masih di pelajari orang di surau , masjid , pondok dan tempat pengajian agama.