Adalah malang sekali bagi umat Melayu jika tidak mengetahui/ tidak ambil peduli bahawa sejarah kemerdekaan bangsanya yang telah dilupakan lenyap pada catatan sejarah tanah airnya. 12 tahun sebelum pengisytiharaan kemerdekaan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) diisytiharkan oleh Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Al Haj dengan KEBENARAN penjajah Kolonial British. Bangsa Melayu di Tanah Melayu telah bersatu dan bersepakat untuk kemerdekaan Tanah Melayu di dalam satu negara Republik Indonesia. Tarikh pengisytiharaan kemerdekaan yang akan di proklamirkan di Jakarta oleh pemimpin besar Ir. Soekarno pada bulan Ogos 1945. Maka wakil bangsa melayu di Tanah Melayu bersetuju menghantar utusan - utusan nasional untuk turut sama dalam acara proklamasi kemerdekaan itu nanti. Catatan dan bukti kejadian ini dicatat dengan jelas dalam buku penting bertajuk 'SEKITAR MALAYA MERDEKA' tulisan pemimpin besar (Ibrahim Yaacob) umat melayu di Tanah Melayu di penjajah kolonial British. Utusan bangsa melayu tersebut terdiri dari semua golongan rakyat. dari golongan rakyat Murba (terbanyak) adalah saudara Ibrahim Yaacob, Dr Burhanuddin, Onan Siraj dan Hassan Manan. dari golongan raja-raja melayu/ pembesar adalah Sultan Abdul Aziz Perak, Sultan Abu Bakar Pahang, Sultan Musa Uddin Selangor, Tengku Makhota Ismail Johor, Dato Shahbandar Sg. Ujong, Abu Bakar Hj. Osman, Engku Abdul Aziz menteri besar Johor. Tapi nasib sebaliknya berlaku, pada 15/8/45, Jepun menyerah kalah, maka utusan-utusan melayu tersebut tidak dapat menghadiri pengisytiharaan kemerdekaan seperti yang direncanakan. yang hanya dapat diteruskan adalah Kongress umat melayu di Kuala Lumpur. Keputusan dibuat pada Kongres tersebut adalah perjuangan selajutnya diteruskan oleh PPKM (Partai Kebangsaan Melayu Malaya) dengan menuntut kemerdekaan Malaya bersatu dengan Indonesia. HIDUP MELAYU! BUMI MELAYU TANAH AIRKU!
POTRET PEMIMPIN MELAYU DALAM RANGKA PENGISYTIHARAAN KEMERDEKAAN 1945 TANAH MELAYU
 |
IBRAHI YAACOB |
 |
DR. BURHANUDDIN |
SULTAN ABDUL AZIZ PERAK |
 |
SULTAN ABU BAKAR PAHANG |
 |
SULTAN MUSAEDDIN SELANGOR |
 |
SULTAN ISMAIL JOHOR |
 |
DATO BANDAR SG. UJONG ABU BAKAR
|
 |
ENGKU ABDUL AZIZ JOHOR |
Ulasan
Catat Ulasan