Pertemuan pemimpin (PIM) dengan pemimpin kemerdekaan India
Pandit Jawaharlal Nehru di Kuala l\Lumpur pada tahun 1946.
Badan ini ditubuhkan pada 12.November 1945 di Singapura. Selepas 3 bulan Proklamasi Indonesia Merdeka. Bertujuan membantu Indonesia dalam perjuanganya melawan Imperialis Belanda. Diasaskan oleh anak-anak Melayu keturunan Indonesia di Malaya. Setelah setahun ditubuhkan diubahkan namanya kepada Persatuan Indonesia Merdeka. Cawangan-cawangannya di bandar besar di Malaya seperti di K.Lumpur, Ipoh, Alor Setar dan Melaka. Pada tahun 1946 , markasnya berpindah ke K.Lumpur. Badan ini dibentuk juga untuk mendapat simpati / memunggut derma membiayai perjuangan di Indonesia. Pada hari penubuhannya , badan ini berikrar tidak akan mencampuri urusan politik di Malaya. Tetapi sebaliknya berlaku , badan ini dengan aggerisifnya membantu perjuangan orang2 Melayu melalui partai2 seperti PKMM , KRIS , API dan pertubuhan2 lain yang menentang British.Kesah ini terdapat dalam Memoir2 pemimpin Melayu seperti Mustapa Husain, Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abdullah C.D, Rashid Maidin dan lain2. Termaktub dalan sejarah tanahair , bahawa PIM telah menghadiri Kongres Melayu 1946 di Kelab Sultan Sulaiman , K.Lumpur sebagai Pemerhati. Wakil PIM ketika itu adalah Saudara Abdul Hadi Noor . Pengurus Besar PIM ketika penubuhannya sehingga diharamkan oleh pihak British adalah ayahanda saya - Muhammad Kamil. British memandangkan PIM ini merbahaya , kerana membantu orang2 Melayu diMalaya melawan British. Beberapa pemimpinnya ditangkap seperti saudara Abdul Hadi Noor pada tahun 1950 dipenjara Taiping.
PIM diharamkan oleh pihak British ketika Darurat diistiharkan!.Inilah serba sedikit kesah perjuangan PIM yang banyak berjasa dalam perjuangan orang Melayu dalam penentangannya pada penjajah di Malaya. Berjuang .....dan terus berjuang !!!
Ulasan
Catat Ulasan