Beliau adalah salah seorang anak kepada Tuk Ungku Syeikh Yusuf dari isteri ke 7. Lahir di Nagari Tanjung Alam,Batu Sangkar,Minangkabau ( maklumat dari Allahyarham Hj.Ismail Raufy ).
Tarikh lahir beliau tidak diketahui tapi dianggarkan pada tahun 1850an. Pada zaman mudanya , beliau tinggal dan menuntut ilmu agama dengan ayahandanya , Syeikh Muhammad Yusuf Al-Khalidi - seorang syeikh tarekat Naqshabandiyah yang terkenal. Bersama-sama ayahandanya beliau berhijrah ke Tanah Melayu untuk mengembangkan tarekat Naqshabandiyah sekitar kawasan Melaka,Sg. Ujong dan K.Lumpur. Pada tahun 1892 beliau bernikah dengan Saodah binti Hj.Usman ( Kadhi K.Lumpur Pertama ). Bersama dengannya beliau mendapat 3 orang anak ( Hjh.Nafiah , Jalaluddin , Hjh.Saleha ). Satelah isterinya meninggal dunia , beliau berpindah ke Langkat , Sumatera Timur untuk bersama-sama ayahandanya mengajar disana.
Di Langkat ,beliau bernikah pula dengan Hjh. Kisah binti Datuk Pucuk. Mendapat seorang anak - Hj.Ismail Raufy. Beliau kembali kerahmatullah pada tahun 1924 dan dimakamkan berhampiran makam ayahandanya di depan Masjid Azizi, Tg.Pura, Langkat.
Ulasan
Catat Ulasan